Suami isteri maut, motosikal berkuasa tinggi BMW terbabas jalan Jeli-Dabong

Sepasang suami isteri maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggangi mereka terbabas di Kampung Bukit Tok Ali, Jalan Persekutuan Jeli-Dabong di sini pagi Jumaat.

Pasangan berkenaan, Saharudin Mohd Yusoff, 50, dan Azilawati Jusoh, 50, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Balah.

Kakak kepada Allahyarham Azilawati, Azizah Jusoh, 53, berkata, sebelum kejadian, mereka teruja untuk bergambar kenangan bersama pada petang hari raya kedua.



“Kami saling mengajak untuk bergambar di hadapan rumah ibu kononnya sebagai kenangan, namun tidak sangka ia gambar terakhir kami.

“Kami juga secara spontan bergambar ketika itu manakala ibu pula tiada di rumah kerana keluar beraya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Azizah memberitahu, pasangan itu pulang berhari raya di kampung setiap tahun, namun tidak menyangka kedua-duanya pulang dengan menaiki motosikal kali ini.

“Mereka juga tidak memaklumkan kami akan pulang dengan motosikal tetapi tiba-tiba sampai ke kampung dengan kenderaan itu.



“Selepas itu kami diberitahu mereka menunggang motosikal kerana mahu mengelakkan kesesakan jalan raya,” katanya.

Azizah memberitahu, mereka menerima panggilan telefon daripada polis memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 9.30 pagi selepas tidak berapa lama mereka bertolak dari kampung.

Jenazah pasangan suami isteri berkenaan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bechah Kelubi, Chetok, Pasir Mas, jam 4 pagi Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jeli, Superintenden Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati dalam kejadian jam 9.15 pagi itu, motosikal berkuasa tinggi BMW yang ditunggang mangsa dari arah Jeli ke Dabong dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu terbabas ke dalam semak sebelum merempuh sebatang pokok.



Menurut beliau, jenazah kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jeli untuk bedah siasat.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker