Perbandingan Tentera Iran-Israel, siapa lebih kuat? [VIDEO]

MELIHAT kepada perbandingan persediaan ketenteraan antara Iran dan Israel susulan perang antara dua kuasa itu, Iran berada di belakang Israel dari segi bajet pertahanan, namun negara itu mendahului Israel dari segi bilangan tentera yang aktif, lapor The Sun.

Berdasarkan laporan itu, bajet pertahanan Israel adalah AS$24.2 bilion, manakala Iran pula AS$9.9 bilion.

Mengenai kekuatan pesawat udara, Israel mempunyai sejumlah 612 pesawat dan Iran, 551 pesawat. Bagaimanapun, dari segi kereta kebal, Iran mempunyai kekuatan hampir dua kali ganda berbanding Israel.



Israel mempunyai 2,200 kereta kebal, manakala Iran, 4,071 kereta kebal.

Iran juga mendahului Israel dalam kekuatan tentera laut, yang mana Israel mempunyai 67 kapal perang, berbanding Iran yang mempunyai armada 101 kapal perang yang sudah lama wujud.

Selain itu, Israel mempunyai 43,000 kenderaan berperisai, manakala Iran dengan 65,000 kenderaan berperisai.

Iran juga mempunyai lebih kekuatan berbanding Israel dari segi bilangan tentera. Israel mempunyai 173,000 anggota tentera, manakala Iran 575,000 anggota yang aktif.



Israel mempunyai 465,000 anggota tentera simpanan, manakala Iran seramai 350,000 anggota.

Menurut laporan media antarabangsa, Israel kini mempunyai 80 bom nuklear, manakala Iran secara rasmi tidak mempunyai bom nuklear.

Jika hanya berdasarkan bom atom, Israel boleh mengalahkan Iran dalam peperangan. – AGENSI

INFO



ISRAEL

  • Tentera Israel sangat maju dari segi teknologi dengan pelaburan besar dalam jet pejuang terkini, sistem pertahanan peluru berpandu seperti Iron Dome dan peperangan siber.
  • Strategi negara ini menekankan operasi yang cepat dan berintensiti tinggi serta mengekalkan keunggulan teknologi berbanding lawannya.

IRAN



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker