Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

FILEM Sheriff mencetuskan fenomena apabila meraih kutipan luar biasa dengan catatan sebanyak RM11.4 juta dalam tempoh tiga hari tayangan.

Sekali gus, naskhah genre aksi thriller arahan Syafiq Yusof itu berpotensi meleburkan rekod pecah panggung sinema yang kini dipegang Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan abangnya, Syamsul.

Syafiq berkata, jumlah kutipan tersebut menunjukkan sokongan padu penonton terhadap karya yang menggabungkan ramai pelakon hebat.

Anda semua memang mantap. Terima kasih atas sokongan padu kepada Sheriff dan mana yang masih belum tengok, tunggu apa lagi? Jom kita serbu panggung ramai-ramai,” tulisnya dalam Instagram.

Filem genre aksi thriller terbitan dua syarikat gergasi, Skop Productions dan Astro Shaw itu mencatat kutipan melebihi RM1 juta pada tayangan awal.

Naskhah yang mula menemui penonton pada 18 April itu dibintangi Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

Sheriff menampilkan watak Nazri lakonan Syafiq, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang merasakan masalah sindiket dadah didalangi Tony Ifrit lakonan Aaron semakin berleluasa.

Nazri pula terdesak untuk menyelesaikan kes itu sendiri kerana pelaku sentiasa terlepas daripada tindakan undang-undang.

Pada masa sama, Sheriff lakonan Zul, anggota Jabatan Integriti yang dihantar untuk menyelesaikan kes ‘Meth Killer’ dan ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan.

Filem ini merupakan kolaborasi keenam antara Astro Shaw dan Skop Productions selepas Polis Evo 3, Abang Long Fadil 2 dan 3, KL Special Force dan Misteri Dilaila.

Terdahulu, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang meraih kutipan keseluruhan sebanyak RM97 juta meraih pungutan RM7 juta pada hari ketiga tayangannya. HG

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah

Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button