Bella tenang disamping Syed Saddiq

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Ahli politik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, memberi kata-kata perangsang buat penyanyi juga pelakon, Bella Astillah, 30, selepas artis itu kembali ditimpa dugaan rumah tangga baru-baru ini.

Syed Saddiq,32, berharap Bella akan menemui ketenangan yang dicari. Dia juga berterima kasih atas kunjungan Bella berhari raya di kediaman mereka.



“Terus kuat Bella, kesabaran akan membawa ketenangan. Terima kasih sudi datang rumah beraya dengan keluarga,” katanya.

Perkongsian terbabit juga nampaknya tidak terlepas mendapat usikan netizen. Ada yang berkata mereka kelihatan cukup sepadan jika menjadi pasangan.

“Sama cantik sama padan, sesuai kalau Bella menjadi milik Syed Saddiq, kami sebagai netizen merestui kalau mereka berdua berjodohan, cepat Bella mengorat YB!,” kata seorang netizen.

“Tunggu apa lagi YB (Yang Berhormat), sampai masa risiklah jadi orang rumah, sepadan kalian berdua, sudah boleh bayang seri pengantin nanti,” lagi komen lain.



Kemelut rumah tangga Bella dan suaminya, penyanyi Aliff Aziz masih berterusan apabila Aliff enggan menceraikannya.

Ia tercetus selepas suaminya dan pelakon Ruhainies ditangkap berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 9 Mac lalu.

Bella kemudian memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mahkamah menetapkan 4 Jun depan sebagai tarikh bagi laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). BH



Bella tenang disamping Syed Saddiq

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV



“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga



Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker