Kes Madu Marissa Dania, Kakak Misya Mazlan pula bersuara

Berdiri teguh di belakang adik, kakak kepada madu Marissa Dania Hakim iaitu Nadia Mazlan menyelar tindakan pempengaruh tersebut memuat naik video lama bersama Misya.

Katanya, keterbukaan Misya atau nama penuhnya, Umaisya Mazlan menerima ketentuan suami, Ahmad Aslam mengamalkan poligami bukan tiket untuk wanita berkenaan mempergunakan adiknya sebagai bahan konten.

“Dia diam, dia reda, dia mengalah, dia berdamai dengan takdir bukan tiket untuk orang lain boleh ‘gula-gulakan’,” tulisnya menerusi Instagram Story.



Perkongsian tersebut dilakukan sejurus adiknya yang juga isteri pertama Aslam menjelaskan situasi sebenar di sebalik video mesra dimuat naik anak Norman Hakim dan Abby Abadi itu seolah-olah memberi bayangan mereka sudah berbaik.

Pada masa sama, Nadia turut mengakui terkejut dengan tindakan Marissa yang secara tiba-tiba memuat naik video ‘boomerang’ bersama adiknya pagi tadi.

Baginya, cerita yang cuba disampaikan wanita berusia 19 tahun itu seperti sebuah kisah psiko yang mempunyai banyak alur plot sarat kejutan.

Menurut Nadia lagi, perkongsian video itu juga  membuatkan dirinya tertanya-tanya sama ada itu merupakan reaksi balas Marissa terhadap foto  raya Misya dengan Aslam sebelum ini.



“Nak tanya, raya ada minta maaf tak? Betul ke dah berbaik? Betul ke tak meroyan? Sekejap lagi nak beli popcorn, cerita psiko ini best layan. Plot twist banyak.

Terdahulu, Marissa memuat naik video ‘boomerang’ bersama Misya seakan mahu menyatakan mereka dalam keadaan baik dan tidak lagi berbalah antara satu sama lain.

Selang beberapa jam kemudian, Misya menjelaskan bahawa situasi sebenar antara mereka tidak seperti yang digambarkan dalam ‘boomerang’ tersebut.

Marissa menjadi isteri kedua Aslam secara rahsia di Songkhla, Thailand tanpa pengetahuan ibu bapanya mahupun isteri lelaki terbabit yang ketika itu mengerjakan umrah.



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”



Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker