Langkah tepat jika Ayob Khan diangkat terajui PDRM
Langkah tepat jika Ayob Khan diangkat terajui PDRM
Dalam usaha memulihkan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasa seperti pasukan polis dan SPRM, Perdana Menteri Anwar Ibrahim disaran melantik individu yang berintegriti mengetuai badan tersebut.
Pendakwah bebas, Engku Ahmad Fadzil Engku Ali berkata menjadi rahsia umum bahawa terdapat pegawai dalam pasukan polis yang masih sangat dipercayai oleh rakyat dan di kalangan raja-raja Melayu.
Antaranya ialah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJ) Bukit Aman Ayob Khan Mydin Pitchay yang dicadangkan oleh Engku Ahmad Fadzil supaya dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) seterusnya.
“Kalau (Ayob Khan) diangkat terajui PDRM, ia langkah yang betul dan ia adalah keputusan yang popular.
“Ini adalah keputusan popular dalam kalangan rakyat dan Raja seterusnya dapat mengembalikan kepercayaan rakyat kepada PDRM,” katanya.
Dia berkata demikian semasa pertemuan antara agamawan dengan Anwar di kediaman rasmi perdana menteri, di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya petang semalam.
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu mengingatkan Anwar tentang insiden mata lebam pada 1998 di mana presiden PKR itu menjadi “mangsa” kekejaman polis. Kecederaan itu dilakukan oleh ketua polis negara pada masa itu.
“Kepercayaan rakyat terhadap integriti institusi telah goyah,” tambahnya.
Tempoh kontrak Acryl Sani Abdullah Sani sebagai IGP akan berakhir pada 3 Okt tahun depan.
Acryl Sani sepatutnya bersara wajib pada Oktober 2021 tetapi perkhidmatannya sebagai pegawai tinggi polis dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak.
Sementara itu, Engku Ahmad Fadzil turut menyarankan agar Anwar meletakkan institusi diraja pada kedudukan penting.
“Negara kita ini adalah unik yang mempunyai ramai raja-raja di setiap negeri dan ketua agama di negeri masing-masing.
“Kita lihat lihat ketika pertikaian percaturan politik yang tidak kunjung habis, Raja mainkan peranan dengan stabilkan dan sejukkan keadaan dengan meletakkan negara pada langkah ke depan insya-Allah,” katanya lagi. Mk
Langkah tepat jika Ayob Khan diangkat terajui PDRM
Baca Artikel Menarik:
- 4 MP Bersatu perlu kosong kerusi?
- Bersatu sasar bunuh Umno tapi tersasar – Zahid
- Projek tebatan banjir sudah lulus tapi ditangguh kerana PRU15 – Anwar
- PN, Pas tunggu saya keluar kenyataan minggu depan – Rafizi
- Muhyiddin jangan berlagak macam Trump
- NGO Indonesia bidas kenyataan ‘tak beretika’ Saifuddin berkait layanan tahanan
- Kaesang, Erina, anak dan menantu Jokowi selamat bergelar suami
- Lelaki tengah solat boleh tersipu malu bila jadi tumpuan kamera dipuji ‘comel’ oleh Baby Shima[VIDEO]
- Bumiputera terus ketinggalan
- Baru angkat sumpah jawatan, rakyat desak letak jawatan
- Anwar bakal tempuh ujian terbesar 19 Disember ini
- Jalan mana pilihan UMNO?
- Ezra Kong ketepikan Datuk M. Nasir, raih royalti MACP 2022 paling tinggi
- 14 ADUN Sabah selamat walaupun ‘lompat’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal
Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah
You must be logged in to post a comment.