Covid-19 : 3346 kes baru hari ini dengan 11 kematian


Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 3,346 kes baharu Covid-19 dengan 11 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh pula mencatatkan rekod tertinggi iaitu 4,427 dilaporkan dalam tempoh sama, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya 141,446.

Katanya, daripada jumlah kes baharu, 3,339 adalah penularan tempatan manakala tujuh jangkitan di luar negara.



Status terkini COVID-19 setakat 24 Januari 2021

Jumlah kes sembuh baru: 4,427 kes
Jumlah kumulatif kes sembuh: 141,446 kes (77 %)

Jumlah kes baharu COVID-19: 3,346 kes
Jumlah kumulatif kes baharu: 183,801 kes
Jumlah kes aktif: 41,677 kes

Kes tempatan: 3,339 kes (2,602 WN, 737 BWN)
Kes import: 7 kes (6 WN, 1 BWN)



Jumlah kematian baru: 11 kes (10 WN, 1 BWN)
Jumlah kumulatif kematian: 678 kes (0.37 %)

Jumlah kes di ICU: 265 kes
Pesakit COVID-19 intubated: 102 kes

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker