Bekas MP Kuala Krau mengaku bertanggungjawab buang beras

“Saya bertanggungjawab penuh dan sangat menyesali perkara ini, dan memohon maaf kepada semua pihak atas kekhilafan dalam memantau cara pelupusan barangan dapur yang viral di media sosial semalam.

“Saya ambil maklum dan terima kasih atas keprihatinan serta sensitiviti rakyat Malaysia terhadap isu yang tular berkaitan pelupusan beras dan barang dapur di tempat pembuangan sampah berhampiran Jalan Pintasan Rumpun Makmur-Gunung Senyum, Temerloh Pahang,” kata bekas Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Lewat petang semalam, tular di media sosial gambar puluhan kampit beras, tin sardin, tepung dan barangan makanan lain dibuang di kawasan pembuangan sampah berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur – Kampung Gunung Senyum dekat sini.



Gambar itu menjadi tular selepas dimuat naik oleh beberapa pengguna media sosial di Facebook dan juga Tik Tok yang kebetulan melalui jalan berkenaan.

Susulan itu, ramai netizen beri komen negatif dan membuat pelbagai andaian mengapa perkara itu terjadi kerana dianggap satu pembaziran dan merugikan.

Bagaimanapun wartawan yang menunggu sejak pagi hampa kerana Ismail tidak hadir dan hanya mengedarkan kenyataan media sahaja melalui pegawai khas beliau di Pejabat UMNO Bahagian Kuala Krau, Pusat Komuniti Parlimen Kuala Krau, di Rumpun Makmur

Barangan dapur stok lama



Ismail berkata, beras dan barangan dapur berkenaan stok simpanan yang disediakan untuk orang ramai ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Kuala Krau.

Barangan dapur berkenaan disediakan menggunakan peruntukan peribadi, sebelum tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 dan dalam tempoh berkempen, tiada sebarang pemberian barangan kepada orang awam dibenarkan.

Katanya pembelian barangan dapur ini tidak membabitkan peruntukan Kerajaan Persekutuan atau peruntukan Kerajaan Negeri Pahang.

Ia juga tidak membabitkan peruntukan barangan dalam tempoh COVID 19 atau persiapan pangkalan hadapan menghadapi banjir.



Pada tarikh 5 April 2024, saya telah menerima aduan daripada jiran yang menyatakan terdapat bau busuk di tempat stor simpanan barangan dapur tersebut.

Ismail pernah menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri antara Mac 2020 – November 2022.

Barangan dicemari bubuk, kutu beras



Siasatan di stor simpanan ini mendapati terdapat beberapa ekor bangkai tikus dan beras serta barangan dapur ini telah dicemari bubuk dan kutu beras.

Menurutnya, sebahagian daripada beras ini telah diserahkan kepada penternak ayam dan itik di kawasan sekitar, dan sebahagian lagi telah dilupuskan.

Barangan lain seperti tepung, sardin, mi juga tidak lagi sesuai untuk diagihkan kepada orang ramai kerana tercemar.

Tinjauan wartawan mendapati kawasan pelupusan barangan tersebut telah ditutup oleh SW Corp dan telah dikambus dengan tanah.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq

Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker