Mahathir ‘melompat’ lagi, dakwa kini undang-undang ‘mengancam rakyat’

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undang-undang kini digunakan untuk ‘mengancam rakyat’.

Dr Mahathir berkata, ancaman dibuat kepada mana-mana pihak yang gagal mematuhi arahan yang dibuat oleh kerajaan.

Menerusi hantaran di media sosialnya semalam, Dr Mahathir mendakwa tuntutan yang dibuat terhadap mereka sukar dipatuhi.



Katanya, proses tersebut memerlukan penyelidikan besar-besaran terhadap semua transaksi dalam tempoh 40 tahun yang lalu.

“Kebanyakan orang tidak menyimpan rekod aktiviti mereka dalam tempoh masa yang panjang itu. Tetapi, kegagalan untuk melaporkan sebarang tindakan boleh ditafsirkan sebagai sengaja menahan maklumat.

“Ia boleh mengakibatkan tindakan undang-undang yang mahal dan berpanjangan. Ia boleh mengakibatkan penjara. Itulah ancamannya.

“Kita percaya kepada keluhuran undang-undang. Kita beranggapan undang-undang dibuat untuk melindungi kita. Tapi kini kita lihat undang-undang digunakan untuk mengancam kita,” katanya.



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker