JDT ‘titik’ kelab Sepanyol 3-0

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) memulakan siri jejalah pramusim di Sepanyol dengan langkah kanan apabila menewaskan Real Murcia 3-0.

Pada perlawanan di Stadium Nueva Condomina itu, Harimau Selatan hanya memerlukan tiga minit untuk berada di depan hasil jaringan Jalil Elias.

Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia musim lalu, Arif Aiman Hanapi kemudian mengukuhkan kedudukan buat JDT apabila meledak gol kedua pada minit ke-14.



Pemain import, Francisco Geraldes melengkapkan kemenangan juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu dengan menyumbang gol ketiga pada minit ke-72.

Perlawanan itu adalah aksi pemanas badan ketiga buat JDT selepas menentang kelab Singapura, Lion City Sailors dua kali pada awal bulan ini.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jantan takdak teloq – Puteri Sarah



Sakit apendiks, kaki pula yang kena potong

Bella tenang disamping Syed Saddiq



Peniaga tembikai agih buah kepada pengguna jalan raya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker