Mahakamah Persekutuan putuskan Jumaat ini kedudukan akhir Najib Razak

 

PETALING JAYA: Adakah Najib Razak terhalang daripada mendapatkan “perwakilan berkesan” oleh peguam pilihannya?

Ini salah satu persoalan utama dikemukakan oleh pasukan pembelaan Najib, diketuai Shafee Abdullah, yang perlu ditangani oleh Mahkamah Persekutuan apabila memutuskan sama ada untuk menyemak keputusannya sendiri dalam rayuan kes rasuah SRC International membabitkan bekas perdana menteri itu.



Najib, pada mulanya disabitkan di Mahkamah Tinggi oleh Hakim Nazlan Ghazali atas tujuh tuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC. Dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Sabitan dan hukuman itu dikekalkan, kali pertama oleh Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021, dan kemudian oleh panel lima hakim mahkamah tertinggi yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat pada 23 Ogos tahun lepas.

Sebelum itu, pada 21 Julai, permohonan bekas perdana menteri itu untuk melantik peguam terkemuka UK Jonathan Laidlaw ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut Najib, beliau mahu Laidlaw bekerjasama dengan Shafee dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan.



Berikutan itu, Najib memutuskan untuk menukar keseluruhan pasukan guamannya, dengan peguam jenayah Hisham Teh Poh Teik bersetuju untuk bertindak sebagai peguam utama menggantikan Shafee.

Pelantikan Hisyam dan firma guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners sebagai peguam cara dirasmikan dalam beberapa hari seterusnya.

Pada 26 Julai, peguam cara baharu itu menulis kepada mahkamah memohon penangguhan rayuan utama yang ditetapkan untuk berlangsung dari 15 hingga 26 Ogos.

“Ini kali pertama pemohon (Najib) meminta sebarang bentuk penangguhan di Mahkamah Persekutuan,” menurut penghujahannya.



Permintaan itu diulangi pada pengurusan kes berikutnya pada 29 Julai.

Ketika pengurusan kes seterusnya pada 10 Ogos, Hisyam memberitahu timbalan pendaftar, beliau akan memohon penangguhan rayuan pada hari pertama perbicaraan.

Jika permohonan itu ditolak, katanya, beliau dan peguam cara tiada pilihan lain selain menarik diri daripada mewakili Najib.

Pada 15 Ogos, panel lima hakim diketuai Tengku Maimun bersidang untuk mendengar usul kebenaran mengemukakan keterangan tambahan, yang difailkan Najib dalam usaha menggugurkan Nazlan disebabkan konflik kepentingan.



Panel tersebut turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Zabidin Diah.

Keesokan harinya, selepas mendengar penghujahan kedua-dua pihak selama dua hari, panel menolak usul itu.

Pada ketika itu, Hisyam merayu agar rayuan utama itu ditangguhkan.

Dalam penghujahan, Hisyam meminta masa agar dapat “kembali menghujahkan rayuan yang sama, dengan semangat dan keikhlasan yang sama”.



Katanya, penangguhan yang dimohonnya bukan disebabkan perayu, tetapi disebabkan beliau sendiri.

“Apabila saya mengambil kes ini, saya (sedar) bahawa kes ini ditetapkan untuk dibicarakan pada 15hb. Saya juga sedar tentang peraturan etika,” katanya.

“Namun saya berharap, dan yakin, bahawa alasan yang saya kemukakan adalah sahih (dan) kukuh untuk menggesa mahkamah menggunakan budi bicara memihak kepada kami.

“Beri saya masa yang mencukupi untuk bersedia bagi rayuan utama,” katanya.



Hisyam berkata, beliau dimaklumkan terdapat kira-kira 179 jilid rekod rayuan, dengan kira-kira 57 saksi dipanggil secara keseluruhannya.

Penghakiman kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pula lebih 1,000 muka surat, tambahnya.

Katanya, pasukannya tidak datang ke mahkamah dengan “tangan kosong”, malah telah banyak bersedia untuk berhujah.

“Jadi, (penangguhan yang dimohon) bukanlah untuk sengaja melengahkan pendengaran rayuan utama ini,” katanya.

“Dalam kes ini, terdapat pertembungan kepentingan antara perbicaraan dan rayuan yang cepat dengan keadilan.

“Sabitan di Mahkamah Rayuan dibuat pada Disember 2021. Ini bermakna rayuan ini didengar hanya satu tahun selepas keputusan muktamad Mahkamah Rayuan.”

Menurutnya, dalam rayuan yang pernah dilihatnya sebelum ini, peguam lain diberikan penangguhan kerana baru sahaja diambil bagi mengendalikan kes itu.

“Kami memohon layanan yang sama, perlindungan sama rata, peluang sama rata. Mesti ada peluang luas diberikan kepada tertuduh kerana ini tuduhan berat, dan ini pusingan terakhir rayuannya,” katanya.

Pihak pendakwaan tidak membantah permintaan itu, menurut penghujahan pasukan pembelaan. Mereka hanya menyerahkan perkara itu kepada budi bicara mahkamah.

Ini mungkin kerana permintaan itu munasabah “berdasarkan pengalaman mereka sendiri di pelbagai mahkamah, termasuk Mahkamah Persekutuan”, menurut penghujahan.

“Najib tidak dapat dikatakan diwakili peguam yang berkesan (pada peringkat rayuan),” kata peguam cara Najib sekarang, Shafee & Co., dalam penghujahan bertulis.

Hisyam “dibelenggu dengan cara yang tidak berperlembagaan” daripada mewakili Najib secara berkesan, kata mereka, yang menyebabkan beliau meminta dilepaskan.

Malah permintaan itu pun ditolak, tambah mereka.

Peguam-peguam berhujah bahawa keputusan untuk menolak penangguhan yang diminta oleh Hisyam mengakibatkan “hak pemohon untuk didengar bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, serta hak untuk diwakili oleh peguam yang berkesan terhapus”.

Penolakan itu turut menafikan peguam pemohon peluang untuk menyediakan kesnya dengan betul, yang menjadi “ketidakpatuhan prosedur”, kata mereka.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker