Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu

Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu

Anak perempuan pengasas kosmetik Dnars Skincare memfailkan tuntutan hadhanah ke atas adik bongsunya di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini.

Tuntutan itu dibuat oleh,Irdiena Hakim Jasman, 20, neneknya, Khatijah Mirdin, 71, dan ibu saudaranya, Faradilla Rohban Ahmad, 36, sebagai plaintif yang diwakili peguam, Naimah Saupi dan Shaharuddin Mohamed, manakala Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 46, sebagai defendan.



Mereka memfailkan tuntutan hadhanah (hak lawatan, bermesra dan bermalam) terhadap Qaseh Khadija Ahmad Shah Rizal, 10, yang juga adik bongsu kepada Irdiena Hakim.

Irdiena Hakim ketika ditemui mendakwa kali terakhir berjumpa adik bongsu daripada empat beradik itu adalah pada Aidilfitri yang lalu iaitu di kubur Allahyarhamah ibunya, Faziani Rohban Ahmad, 43.

Katanya, perjumpaan itu hanya beberapa jam sahaja dan selepas ibunya meninggal dunia, adiknya itu terus tinggal dengan bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal.

“Sejak ibu tiada, adik tidak dapat bermalam dengan kami. Begitu juga ketika abang sulung, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 23, berkahwin tahun lalu tetapi adik tidak dapat datang.



“Saya tahu adik rindukan kami, namun dia tidak dapat datang kerana disyaki dihalang daripada berjumpa. Saya membuat tuntutan ini (hadhanah) kerana mahu berjumpa dengan adik, di samping nenek juga selalu sakit dan teringin berjumpa dengan cucunya.

“Dengan permohonan ini, saya berharap keputusan dapat dibuat oleh adik melalui mahkamah sama ada mahu tinggal bersama saya dan adik beradik yang lain atau bapa tiri,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah, hari ini.

Irdiena Hakim berkata, dia amat terkesan apabila tidak dibenarkan berjumpa dengan adik bongsunya itu, sedangkan ketika ibunya masih hidup mereka tinggal bersama dan amat rapat.

Beliau berkata, akibat perkara itu dia juga perlu berjumpa dengan pakar psikologi untuk mendapatkan rawatan.



Sementara itu, Naimah berkata, pihaknya memfailkan permohonan mengikut Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002 iaitu anak itu diberikan peluang untuk memilih sama ada tinggal bersama plaintif atau defendan berdasarkan hukum syarak dan Seksyen 85(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan Tahun 2002.

Katanya, prosiding ‘sulh’ pada hari ini yang membabitkan kedua-dua pihak yang terbabit dalam pertikaian terhadap satu atau beberapa tuntutan gagal dicapai ekoran defendan tidak hadir. BH

Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara



Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker