Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Mahkamah Syariah Petaling Subang Bestari pada hari ini telah menasihati pelakon dan pengarah terkenal, Farid Kamil bersama isterinya yang juga pelakon Diana Danielle supaya berdamai.

Perkara tersebut dijelaskan oleh peguam syarie yang mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan selepas prosiding sebutan kes perceraian pasangan tersebut di hadapan hakim syarie, Shukran Yusof.

Hakim menyatakan, benda yang boleh selesai secara baik, cubalah mengislahkan (usaha untuk memperbaiki keadaan).

Susulan itu, aktor tersebut telah melantik kakaknya sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP), manakala Diana melantik pengurusnya. Seterusnya, proses JKP akan diadakan di pejabat agama Islam di Shah Alam, namun tarikh akan ditentukan kelak.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 30 Mei depan untuk mengetahui laporan jawatankuasa terbabit.

Baca Artikel Menarik:

Yusof Haslam bersama bapa Sarah

Dalam pada itu, peguam syarie yang mewakili Diana Danielle, Datuk Akberdin Abdul Kadir turut menjelaskan bahawa adalah tidak adil bagi kedua-dua pihak jika ada sebarang spekulasi. Beliau juga berkata JKP hanya boleh diputuskan setelah menerima laporan perbincangan.

Rintangan pertama ialah JKP, selepas itu hakam mahkamah jadi kita kena tunggu, keputusannya akan diketahui hujung bulan depan

Terdahulu, Farid tiba di mahkamah di sini kira-kira jam 9 pagi membawa jambangan bunga mawar untuk Diana. Malah Farid turut membawa sebentuk cincin sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11. Sementara itu, isterinya, Diana hadir lebih awal pada 8.55 pagi memakai baju hitam bersama pengawal peribadi.

Pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Alasan diberikan pelakon filem Imaginur itu adalah tiada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses JKP.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora. OB

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Baca Artikel Menarik:

Farid kantoi tuduh Diana curang

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ini kata Ibu Syamsul kepada Puteri Sarah Liyana

Kazar Saisi akhirnya bersuara

Pulanglah, aku rindu – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker