Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
Pelakon Hafidz Roshdi, 29, sudah ke Hospital Bahagia, semalam bagi menjalani rawatan psikiatri sebagaimana diperintahkan Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dalam perbicaraan pada 13 Mac lalu.
Peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader dihubungi berkata pelakon itu sudah pun ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan, namun belum ada keputusan dikeluarkan.
“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.
“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya juga sama ada Hafidz boleh bertemu anak-anaknya dalam tempoh rawatan, Akberdin berkata anak guamnya itu tetap boleh berjumpa cahaya matanya dan tiada halangan untuk berbuat demikian.
Baca Artikel Menarik:
- Fadzil soal Diana, netizen kecam tak payah ‘busy body’
- Rasmi X90 SUV terbaru PROTON
- Arab Saudi sahkan Anwar dijadual bertemu Raja Salman – Wisma Putra
Terdahulu, perintah agar Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.
Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.
Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan cara menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri.
Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. BH
Baca Artikel Menarik:
- Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low
- MP PAS digantung 3 hari
- Mahakamah Persekutuan putuskan Jumaat ini kedudukan akhir Najib Razak
Hafidz sudah ke Hospital Bahagia
Baca Artikel Menarik:
- Fadhlina jawab sindiran MP PAS, Saya mengajar 10 tahun di UKM
- Farid Kamil ada bukti wujud orang ketiga dalam rumah tangga
- Ameera Khan : Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Jadi Isteri
- 50 khemah karnival Aidilfitri terbalik, barang jualan rosak dibadai ribut [VIDEO]
- Diana elak Farid peluk
- Anak pengasas Dnars buat tuntutan hadhanah terhadap adik bongsu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET