Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Bella dan Aliff sudah tutup buku, enggan dikaitkan dengan Sophia lagi.

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Isteri kepada pelakon Aliff Aziz, Bella Astillah sudah memaafkan Sophia Albarakbah yang didakwa cuba mengganggu keharmonian rumah tangganya.

Bagaimanapun, tegas Bella, ibarat parut, perbuatan Sophia akan terus kekal dalam ingatannya sampai bila-bila.

“Saya sudah pun memaafkan demi memperbaiki rumah tangga dan ketenangan diri walaupun sangat sukar.

“Justeru, saya banyak melakukan aktiviti bersama Aliff dan anak-anak. Dengan harapan, tidak akan ada lagi masalah yang timbul.


Baca Artikel Menarik:

Isteri Afiq Muiz fail fasakh


“Namun, saya sedar tidak boleh lari kerana ujian akan berterusan. Jujurnya, saya sangat takut menghadapinya,” katanya kepada BH Online.

Mengulas pengakuan Sophia yang mengatakan sudah memiliki teman lelaki, Bella mendoakan semoga hubungan itu kekal hingga ke syurga.

“Sebenarnya sama ada sudah memiliki teman lelaki atau wanita, ia sama macam kita sudah ada isteri atau suami.

“Boleh sahaja nak ada skandal lain, betul tak? Apapun semoga Sophia bahagia, kekal hingga ke jenjang pelamin dan jannah. Insya-Allah.

“Dan harapnya selepas ini tiada cerita sama timbul. Tetapi, apa yang mahu dilakukan di luar kemampuan kita,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim anjuran Universal Music Malaysia, semalam.


Baca Artikel Menarik:

Janna tayang badan seksi lepas ‘workout’, netizen minta hormat bulan Ramadhan


Ditanya apakah bersedia bekerjasama dengan Sophia pada masa akan datang jika diberi tawaran, Bella berkata, dia dan Aliff sudah tutup buku dan enggan dikaitkan dengan wanita itu.

“Saya dan Aliff sudah berbincang, malah suami menyatakan tidak akan bekerjasama dengan Sophia lagi.

“Sama dengan saya. Apapun, saya akan hentikan di sini,” ujarnya.

Kontroversi mula tercetus apabila Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga menggugat keharmonian rumah tangganya.

Bagaimanapun, Bella tidak mendedahkan identiti pelakon tersebut, namun warganet mula menyerang Sophia dalam Instagram sehingga memaksa pelakon itu mengehadkan ruangan komen.

Pada 1 Februari lalu, Aliff mengesahkan wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya adalah Sophia Albarakbah yang juga heroin gandingan dalam drama rantaian, Ku Akad Kau Dengan Bismillah. BH

Saya maafkan, tapi tak akan lupa perbuatan Sophia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

One Comment

  1. Chong siew Chu
    Rebecca.
    0001952
    Ratu Elizabeth ll tan Chong siew Chu Noor Yana sulaiman mukim salahuddin muhyiddin yassin Kamal Hassan Al agong RI ayatuddin Rebecca Rihanna original Kam jein yee Kimberly muhyiddin yassin Kamal Hassan Amanda RI USA Ghana mukim salahuddin

    Mukim…. Muslim
    Hakim…. jakim
    Ramadan Ramadhan Ramayana Ramalan
    Domain Romain
    Mozilla Firefox
    Kimberly
    Burberry
    Ghana gengster
    Ghani Hana yana liyana IANA nuryana Helena Lisa Rihanna original Kam jein yee Kim Kardashian salahuddin muhyiddin yassin Kamal Hassan

    831209055334
    43 pajam negeri sembilan
    E21 kampung baru broga Twin jets snd berhad Malaysian 71750
    Negeri sembilan

    Ketua police negera ke 13 razaruddin husina

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker