Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun

Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun

Peniaga ikan diingatkan untuk waspada dengan makanan yang dijual kerana mereka boleh didakwa jika menjual makanan yang memudaratkan kesihatan pengguna atau beracun.

Mengikut Jabatan Perikanan (DOF), peniaga yang melakukan kesalahan Akta Makanan 1983, mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda.



Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Adnan Hussain, berkata pengguna yang membeli ikan dalam talian terutama dalam bentuk filet, perlu cakna dengan spesies dan jenis ikan yang dibeli.

Orang ramai dinasihat mengelak memakan ikan buntal yang tidak diketahui jenisnya, kerana hampir semua jenis ikan buntal mengandungi toksin yang boleh menyebabkan keracunan.

Selain itu, pengguna harus memastikan orang yang mengendalikan ikan buntal untuk dimakan adalah berpengalaman dan berpengetahuan terhadap ikan ini.

“Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan atau produk berasaskan ikan buntal, elakkan memakan bahagian tubuh ikan buntal yang mengandungi toksinnya seperti hati, kulit, usus, dan ovarium.



“Bahagian-bahagian ini perlu dibuang dengan betul sebelum dimasak. Ini kerana tetrodotoxin tidak akan musnah walaupun dimasak pada suhu yang tinggi,” katanya.

Jika mana-mana individu mengalami gejala keracunan dalam tempoh 30 minit hingga dua jam setelah memakan ikan buntal seperti mual, muntah, atau lemah otot perlu segera mendapatkan rawatan dari pusat perubatan.

“Racun tetrodotoxin ini boleh menyerang saraf dan membawa kepada kematian jika dimakan,” katanya.

Dalam kenyataan sama, DOF menjelaskan terdapat beberapa jenis ikan buntal atau puffer fish (Lagocephalus sp) yang mengandungi toksin saraf (neurotoksin).



Menurut statistik Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan ikan buntal di Malaysia pada tahun 2020 adalah sekitar 1337 tan, dengan pendaratan tertinggi di Perak (804 tan), diikuti Sarawak (228 tan) dan Sabah (192 tan).

Ikan buntal yang biasa ditangkap adalah dari spesies Lagocephalus iaitu ikan buntal pisang. Di antaranya ikan buntal pisang emas (Lagocephalus wheeleri), buntal pisang muda (Lagocephalus spadiceus), buntal pisang kasar (Lagocephalus lunaris) di mana ketiga-tiga spesies ini secara luaran nampak sama. BH

Peniaga ikan buntal boleh dipenjara 5 tahun

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak



Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker