Rauf dijangka angkat sumpah esok

Rauf dijangka angkat sumpah esok

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dikatakan bakal meletakkan jawatan hari ini.

Difahamkan, keputusan itu susulan pertemuan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu itu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.

Jika desus-desus itu, yang terbaru selepas beberapa kali isu pertukaran Ketua Menteri Melaka menjadi bualan, nama Pengerusi UMNO Melaka yang juga ADUN Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kembali disebut bakal dilantik Ketua Menteri baharu.

Isu pertukaran pemimpin negeri ini mula hangat beberapa bulan selepas kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka yang diadakan pada 20 November 2021.

Sumber dalaman UMNO Melaka, memaklumkan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah simpan rahsia oleh Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka ke-14 dijangka berlangsung Jumaat ini di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Ab Rauf ketika dihubungi, enggan mengulas sehingga ada pengesahan rasmi daripada pucuk pimpinan UMNO.

“Dah ada pengesahan rasmi ke? Saya tak mahu ulas apa-apa sehingga dapat makluman rasmi nanti,” katanya.

Sementara itu, Sulaiman pagi tadi mempengerusikan Mesyuarat EXCO negeri di pejabatnya di Seri Negeri sebelum mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pegawainya dan dijadual menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Melaka yang dijangka lewat petang ini.

Difahamkan, mesyuarat itu akan dipengerusikan Ab Rauf yang juga EXCO Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri dan dijangka membincangkan beberapa isu termasuk berkaitan kontroversi mengenai pemilihan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu baru-baru ini.

Isu UMNO Bahagian Tangga Batu itu berkaitan kemenangan ketuanya yang baharu, Datuk Rais Yasin yang pada mulanya diumumkan tidak sah oleh pimpinan bahagian, namun Ahmad Zahid kemudian mengumumkan sebaliknya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri mengesahkan struktur pentadbiran kerajaan Melaka akan berubah susulan pembentukan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri itu tidak lama lagi.

Beliau dilaporkan berkata, meskipun Melaka sudah melalui proses Pilihan Raya Negeri (PRN) lebih awal, negeri itu masih belum lagi membentuk Kerajaan Perpaduan seperti dilaksanakan di peringkat Persekutuan. BH

Rauf dijangka angkat sumpah esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker