PH, BN setuju parameter agihan kerusi PRN – Saifuddin

PH, BN setuju parameter agihan kerusi PRN – Saifuddin

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju dengan beberapa parameter untuk memandu proses agihan kerusi bagi PRN di enam negeri, kata Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail.

“Formula rundingan agihan kerusi antara PH dan BN telah dimulakan,” katanya dalam dialog bersama media di sini, sambil menambah rundingan itu belum selesai kerana beberapa siri rundingan perlu diadakan.



Media sebelum ini melaporkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu mencapai persetujuan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam tempoh dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Mengenai keputusan semua calon BN akan menggunakan logo dacing pada PRN, Saifuddin berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada PH.

Katanya, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi kerana kerajaan perpaduan terdiri daripada gabungan beberapa parti tidak mempunyai logo rasmi setakat ini.

“PH dan BN ada logonya, jadi dalam konteks itu, pengerusi BN yang juga presiden Umno membuat keputusan sebab itu dalam domain BN.” FMT



PH, BN setuju parameter agihan kerusi PRN – Saifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh



Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker