Kelantan perlu beri diskaun bil air 50 peratus- Adun Galas

Kelantan perlu beri diskaun bil air 50 peratus- Adun Galas

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim mencadangkan kerajaan negeri memberi potongan bil air sebanyak 50 peratus kepada pengguna yang mengalami masalah air di Kelantan.

Beliau berkata, potongan itu bagi meredakan kemarahan rakyat negeri ini yang terkesan dengan masalah air yang melanda sejak beberapa tahun yang lalu.

Katanya, seperti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang terdapat 3,000 keluarga termasuk 1,500 di Bandar Utama yang terkesan dengan masalah air sejak lebih setahun yang lalu.

“Masalah air di Bandar Utama Gua Musang (BUGM) kerana disebabkan kelewatan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) di Bukit Chupak. Saya ingat masalah air ini melanda penduduk di kawasan Dun Galas sahaja, namun daerah lain juga mempunyai masalah sama.

“Masalah air ini menjadi barah kepada kerajaan Kelantan dan bagi meredakan kemarahan rakyat, saya cadang kerajaan memberi diskaun bil air sebanyak 50 peratus.

“Tidak sepatutnya kerajaan negeri menerima musibah daripada kegagalan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) membekalkan air kepada penduduk,” katanya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-14 Penggal Kelima, di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd Syahbuddin mencadangkan potongan bil air sebanyak 50 peratus kepada rakyat yang mengalami masalah air menerusi perbahasan Titah Diraja di Persidangan DUN Kelantan Ke-14 Penggal Kelima, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Syahbuddin berharap potongan itu dapat dipertimbangkan oleh kerajaan negeri.

“Masalah air yang dialami oleh pengguna menunjukkan kegagalan pihak AKSB dan isu ini tidak diselesaikan dengan baik.

“Potongan bil air itu juga sebagai tanda keadilan dan juga sebuah negeri yang berkebajikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd Syahbuddin berkata, peratusan suntikan vaksin COVID-19 bagi kanak-kanak Orang Asli berusia antara lima hingga 11 tahun juga masih rendah.

“Ibu bapa atau penjaga masih takut dengan kesan vaksin yang akan diterima oleh kanak-kanak dan mereka sanggup menunggu anak-anak Tok Batin serta penghulu yang terlebih dahulu menerima suntikan.

“Jika tiada kesan terhadap anak-anak Tok Batin dan penghulu, mereka akan membawa anak-anak mereka untuk mendapatkan suntikan,” katanya. BH

Kelantan perlu beri diskaun bil air 50 peratus- Adun Galas


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker