‘Pengampunan Najb’, tuduhan Muhyiddin pamer sikap dendam dan busuk hati

Muhyiddin membuat tuduhan dengan mendakwa Umno menggunakan “desakan politik” dalam usaha mendapatkan pengampunan diraja untuk bekas presidennya Najib Razak jelas mempamerkan sikap dendam dan busuk hati beliau.

Muhyiddin berkata, permohonan pengampunan melibatkan prosedur tertentu dan PN faham bahawa ia di bawah bidang kuasa Lembaga Pengampunan.

“Setahu saya siapa yang boleh mohon, namun dia (UMNO) menggunakan desakan politik,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.



Muhyiddin enggan mengulas berkenaan kemungkinan penglibatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam permohonan Najib selepas Anwar berkata dia akan turut berada dalam lembaga tersebut.

Semalam, Anwar menyangkal akan wujudnya konflik kepentingan dalam penglibatannya kerana keputusan akhir sama ada untuk memberikan pengampunan atau tidak kepada bekas perdana menteri itu adalah di bawah bidang kuasa tunggal Yang di-Pertuan Agong.

Pada 7 April lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh untuk Najib.

Ia selepas permohonan Najib untuk menyemak semula sabitan dan hukuman terhadapnya dalam kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta ditolak Mahkamah Persekutuan dengan keputusan 4-1, pada 31 Mac lalu.



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker