Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah

Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan tuntutan nafkah anak dan mutaah dalam terma perceraiannya bersama Syamsul Yusof tidaklah mencecah sehingga angka RM1 juta.

Menurut pelakon itu, jumlah tuntutan yang dilampirkan dalam terma perjanjian perceraian turut dibincangkan bersama kedua-dua mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

“Masalahnya amaun dalam tuntutan pun saya bincangkan dulu dengan Datuk dan Datin (Yusof dan Patimah).

“Mereka sendiri pun cakap jumlah tersebut sedikit selain tiada masalah jika saya meletakkan jumlah tersebut.

“Tetapi saya hanya minta kadar yang munasabah serta meminta dibayar secara ansuran berdasarkan tahunan,” kata pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin itu.

Sepatutnya, hari ini Syamsul melafazkan talak terhadap Puteri Sarah, namun perkara tersebut tidak dilaksanakan berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Dia nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga mereka sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul mengesahkan sudah menikahi Ira Kazar sebagai isteri kedua di Thailand pada awal tahun ini.

Pada 21 Mac lalu, Syamsul pula memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dengan alasan isteri pertamanya itu masih menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang.

Alasan lain dikemukakan Syamsul termasuk meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz dan memfitnahnya memukul serta tidak memberi nafkah.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, serta Sumayyah, 4. K Online

Mentua setuju tuntutan saya – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker