Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke - Puteri Sarah
Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Isteri pertama pengarah sensasi, Syamsul Yusof, 39, iaitu Puteri Sarah Liyana, 38 mempersoalkan suaminya yang mendakwa mengubah perjanjian asal berhubung perceraian seperti sudah dipersetujui sebelum ini.

Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini, mendakwa dia mempunyai asbab yang lebih kukuh untuk memfailkan nusyuz terhadap suaminya.

“Suruh tarik nusyuz? ‘Hello bro’, kalau saya failkan nusyuz terhadap awak tunjuk video tak senonoh awak dengan Ira, gambar tak senonoh masa sebelum awak berkahwin rasanya nusyuz awak lagi teruk.

“Dengan Ira mengaku kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) persetubuhan luar nikah siapa yang nusyuz? Juga mutaah dan nafkah tertunggak RM500,000, saya minta bayar setiap RM100,000 setahun, itu awak mampu rasanya?,” dakwa Puteri Sarah menerusi hantaran berkenaan.

Saat bahagia Syamsul dan Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Summayah.
Saat bahagia Syamsul dan Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Summayah.
Menerusi hantaran lain, Puteri Sarah memaklumkan, dia ada berbincang dengan ibu mentuanya mengenai jumlah nafkah tertunggak dan mutaah yang dianggap berpatutan.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Pasu pecah hanya ‘prank’, Aliff Syukri terus dikecam

Puteri Sarah mendakwa, dia tidak menuntut sebarang harta sepencarian.

“Saya bincang dengan ibu awak, RM500,000 mutaah dan nafkah tertunggak itu munasabah rasanya. Harta sepencarian satu sen pun saya tak tuntut.

“Boleh sahaja jual Lambo (Lamborghini) yang awak banggakan untuk bayar nafkah. Kereta banyak-banyak buat apa? Juallah buat bayar nafkah,” katanya.

Berikutan itu, Puteri Sarah berkata, dia hanya menyerahkan kepada pihak mahkamah untuk memutuskan keputusan sebenar.

“Juga, tak payah tarik nusyuz. Biar mahkamah yang tentukan siapa yang nusyuz. Saya suka. Untuk pengetahuan, nafkah yang awak bagi itu cukup-cukup makan.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah Dedah Jumlah Mutaah & Nafkah Anak Tidak Cecah Jutaan Ringgit pun Syamsul Minta Diskaun

“Nafkah isteri tiada bertahun. Jadi janganlah gembira sangat. Takpe kita lawan di mahkamah,” katanya. BH

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

One Comment

  1. Elok lah berpisah dengan dua2 isteri sekali gus. Bagi nafkah yg seadamya. Sedekahkan harta kpd masjid n baitumal. Si suami berhijrah dlm 3 tahun ke Negara asing, ikut jemaah islamiah, belajar agama Islam sedalam- dalamnya n beribadahlah sebaik mungkin. Umur tidak tahu panjang ke tak si suami ni yg skrng sdh terperangkap dlm perbuatan zalim sendiri..beribadah lah selagi Masih hidup. Biarlah isteri2 tu jaga diri mereka. Si isteri lama n baru, beribadah juga, muhasabah diri….stop kerjaya yg tak elok untuk muslimah. Blm tahu juga mana isteri akan mati awal .ujian ini mungkin ada di kalangan tiga org ni akan pergi selama- lamanya barulah kemelut ini mati ngan otomatik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker