Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai

Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai

Semalam berlangsungnya proses lafaz perceraian antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.

Semasa tiba kira-kira jam 9.20 pagi, Puteri Sarah kelihatan ceria dengan pakaian serba putih. Ketika ditanya mengenai hal itu, Sarah berkata putih adalah simbolik untuk kehidupan baru dan dia berharap dapat dilepaskan.



Pelakon ini berharap segala urusan hari ini berjalan dengan lancar dan dia dapat meneruskan kehidupan dengan tenang selepas ini.

Putih ibarat merpati putih terbang tinggi. Kalau pergi mahkamah asyik pakai hitam, saya depresi. Putih melambangkan hidup baharu.

Menurut Sarah lagi, dia memakai baju baru khas untuk prosiding itu dan mengelak memakai baju hitam seperti kebiasaan pasangan bercerai.

Hari ini macam pertunjukan fesyen, tetapi ini bukan baju nikah saya. Ini baju baharu saya, katanya.



Sementara itu, Syamsul ketika tiba di mahkamah tak mahu memberikan sebarang komen dan meminta petugas media menunggu sehingga prosiding lafaz talak selesai.

Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa



Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker