Hak Najib mohon Pengampunan DiRaja bila dinafikan perbicaraan yang adil

Kita tahu apa yang dikatakan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli benar belaka. Semoga ini akan dijadikan rujukan Lembaga Pengampunan dalam membuat keputusan.

Oleh Norzahira

SELURUH rakyat Malaysia tahu Datuk Seri Najib Tun Razak dinafikan perbicaraan yang adil. Beliau dianiaya dengan zalim oleh musuh-musuh politik yang berkuasa dan mengawal badan-badan tertentu.

Oleh itu, memang patut Najib memohon Pengampunan DiRaja sebagai jalan terakhir untuk mendapatkan pengadilan. Itu adalah hak beliau sebagai rakyat Malaysia dan sebagai Negarawan yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara.



Memetik sumber, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil, maka keadilan tidak tercapai kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang itu telah ternoda.

Akibatnya, titah Seri Paduka, pihak yang lemah menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa.

Maka, titah Al-Sultan Abdullah, titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan.

“Prinsip melaksanakan keadilan dalam Islam difirmankan oleh Allah SWT seperti termaktub dalam surah an-Nisaa, ayat ke-135.



“Menerusi ayat tersebut, keadilan Islam tidak sama sekali memberi sebarang keistimewaan atau pengecualian kepada sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan, sama ada diri sendiri, teman rapat, kaum keluarga mahupun ibu bapa.

“Ketegasan prinsip keadilan Islam turut tidak membenarkan sebarang ketidakadilan kepada sesiapa jua, termasuk kepada golongan mereka yang tidak disenangi,” titah baginda lagi.

Sebagaimana yang seluruh rakyat Malaysia tahu, Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Dalam keputusan majoriti pada 31 Mac, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib agar sabitan dan hukumannya disemak semula.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli, satu-satunya hakim yang menentang dalam panel lima anggota, berkata keengganan mahkamah membenarkan penangguhan bagi rayuan utama telah melucutkan hak Najib untuk diwakili guaman yang berkesan.



Beliau juga berkata, beliau tidak menemui apa-apa dalam material yang dikemukakan pada mahkamah untuk mencadangkan bahawa pasukan pembelaan Najib, yang dirombak tiga minggu sebelum rayuan, memohon penangguhan sebagai “helah” atau sebahagian “strategi” untuk melewatkan pendengaran.

Kita tahu apa yang dikatakan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli benar belaka. Semoga ini akan dijadikan rujukan Lembaga Pengampunan dalam membuat keputusan.

Raja-raja Melayu dan yang di-pertua negeri sebagai ketua negeri masing-masing diharapkan bertindak adil dan bijaksana apabila mempertimbangkan permohonan bagi pengampunan Najib.

Isu Pengampunan DiRaja dibahaskan secara meluas baru-baru ini berikutan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno memohon kepada Yang di-Pertuan Agong agar mempertimbangkan pemberian pengampunan diraja kepada Datuk Seri Najib Razak.



Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, MKT akan menghadap Agong bagi menyampaikan memorandum memohon pengampunan untuk Najib.

Pembebasan Najib akan mengubah kemuraman ekonomi dan masalah kos sara hidup rakyat. Malaysia akan muncul sebagai negara maju dan disegani semula. Pray for Najib. Moga Lembaga Pengampunan DiRaja meluluskan permohonan Najib.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker