Usah guna nama saya untuk dapat projek – Rauf

Usah guna nama saya untuk dapat projek – Rauf

Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh memberi amaran terhadap kontraktor yang menggunakan namanya dalam usaha mendapatkan projek di negeri itu.

Rauf berkata, beliau menyedari ramai menggunakan namanya untuk mendapatkan projek sejak beliau menjadi ahli politik. Rauf adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, dan ketua parti itu di Melaka.



“(Mereka kata) yang ini (projek)…king kong punya. Saya faham sebut King Kong. Saya tahu saya siapa,” katanya ketika perhimpunan bulanan bersama kakitangan awam di negeri itu.

Tambahnya, pegawai kanan dan ketua-ketua jabatan juga telah diberi amaran tidak menggunakan namanya untuk meluluskan projek.

“Kalau ketua jabatan juga luluskan projek menggunakan nama saya, ketua jabatan saya akan tunjukkan pintu luas untuk keluar dari negeri Melaka,” katanya.

Dalam perkara lain, beliau memberi tempoh enam bulan kepada anak syarikat milik kerajaan negeri yang bermasalah kewangan untuk memperbaiki prestasi dan membentangkan pelan pemulihan.



Mana-mana anak syarikat yang gagal membaiki prestasi dalam tempoh ditetapkan akan ditutup atau pengurusannya distruktur semula, katanya.

Rauf dilantik pada 31 Mac, sehari selepas peletakan jawatan Sulaiman Ali daripada jawatan itu.

ADUN Tanjung Bidara itu merealisasikan pembentukan kerajaan perpaduan di Melaka menerusi pelantikan 10 exco termasuk seorang daripada Pakatan Harapan. Beliau turut melantik 10 timbalan exco merangkumi 10 dari Barisan nasional dan dua dari Pakatan Harapan. FMT

Usah guna nama saya untuk dapat projek – Rauf



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker