Kerajaan Pernah Mengharamkan Penjualan Mercun, Ini Sebabnya

Kerajaan Pernah Mengharamkan Penjualan Mercun, Ini Sebabnya

Kira-kira 31 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 1991, negara kita digemparkan dengan tragedi bunyi kuat seakan-akan ledakan bom atom di medan perang. Bunyi letupan tersebut merupakan bunyi terbakarnya kilang mercun terbesar yang dikenali sebagai Bright Sparklers di Sungai Buloh.

Rumah Musnah, Ahli Keluarga Terkorban



Kejadian yang berlaku pada 7 Mei 1991 telah meragut nyawa sekurang-kurangya 26 mangsa terkorban dan 83 dilaporkan cedera serta menyebabkan 200 kediaman penduduk sekitar kilang itu musnah. Letupan itu berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.

Selepas letupan semakin berkurangan, ia telah menyebabkan kemusnahan kereta dan motorsikal serta kedengaran raungan kesakitan dari mangsa di sekitar kilang. kejadian itu menyebabkan berpuluh mangsa yang berlumuran darah dan ratusan orang ramai mula memenuhi tempat kejadian bagi mencari ahli keluarga yang dikhuatiri menjadi mangsa korban insiden tersebut.

Kesan daripada peristiwa Malang itu, kerajaan di parlimen telah mewujudkan OHSA iaitu suatu undang-undang dan peraturan serta garis panduan buat para pekerja dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan 1994 telah diluluskan di Parlimen.

Kilang-kilang bunga api di seluruh Malaysia terpaksa tutup akibat kejadian yang berlaku serta pengharaman bunga api. Terdahulu, Ia menjadi satu kesalahan jika ditangkap bermain atau menjual mercun hanya bunga api kanak-kanak sahaja yang boleh dijual.



Kini 2023, kerajaan bersetuju untuk membenarkan penjualan mercun dan bunga api,namun ia tertakluk pada peraturan serta garis panduan yang akan dikeluarkan nanti. Kerajaan juga membenarkan bermain mercun dan bunga api sebelum jam 12 malam, akan menjadi kesalahan Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 didenda tidak melebihi rm100 jika bermain lebih daripada jam 12 malam.

Apa pendapat anda?

Kerajaan Pernah Mengharamkan Penjualan Mercun, Ini Sebabnya

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa



Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker