Resepi Kuih Raya Warna-Warni Viral

Resepi Kuih Raya Warna-Warni Viral

Dah tiba masanya untuk kita semua menguli tepung dan membuat kuih raya di rumah bukan?

Ada saja pelbagai idea yang nak dibuat untuk dihidangkan masa hari raya Aidilfitri. Tentunya, ramai yang bersaing nak menyediakan kuih yang paling cantik dan sedap. Bukan setakat kena cantik dan warna-warni, kenalah sedap dan enak dimakan betul tak?

Nak hasilkan kuih raya yang menarik perhatian, kenalah guna bahan yang sesuai supaya kuih raya lebih beraroma dan sedap dimakan. Nak tau rahsianya, kenalah follow resepi ini.

Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan-bahan:

– 250g Mentega
– 175g Gula Kastor
– 100ml Putih Telur
– 200g Tepung Gandum
– 50g Tepung Jagung
– ¼ sudu kecil Emplex
– Pewarna Makanan (Merah, oren, kuning, hijau & biru)

Cara-cara:

1. Putarkan mentega bersama gula kastor sehingga kembang. Masukkan putih telur dan putarkan sekali lagi.
2. Tambahkan tepung gandum, tepung jagung dan emplex. Kacau sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 5 bahagian dan warnakan mengikut pewarna yang anda suka.
4. Paipkan adunan ke atas loyang dan bakar di dalam oven selama 20 minit pada suhu 160C.
5. Dah siap dah kita punya Biskut Lidah Kucing. Selamat mencuba!

Resepi Rainbow Semperit

Bahan-bahan:

– 350g mentega
– 1 ½ cawan gula aising
– 2 biji kuning telur
– 1 ½ tsp esen vanila
– 400g tepung jagung
– 1 cawan tepung gandum
– 1 cawan tepung kastad
– Pewarna makanan (Merah, oren, kuning, hijau)

Cara-cara:

1. Sebatikan mentega dan gula aising kemudian letakkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata.
2. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan tepung kastad. Sebatikan semua bahan sehingga menjadi doh.
3. Warnakan doh mengikut warna pilihan anda.
4. Ambil doh yang berlainan warna dan campurkan. Paipkan doh ke atas loyang pembakar dan bakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 170C.
5. Rainbow semperit siap untuk dihidangkan!

Resepi Kek Buah

Bahan-bahan:

– 150g mentega
– 220g tepung gandum
– 1tsp serbuk penaik
– ½ tsp garam
– 3 biji telur
– 250g buah campuran kering (direndam dan ditapis)
– 65g gula kastor
– 3 tbsp susu pekat
– 1 biji kulit oren

Cara-cara:

1. Ambil buah campuran kering, gaulkan dengan sedikit tepung gandum sehingga rata dan ketepikan.
2. Masukkan mentega dan gula kastor di dalam pengadun dan putar sehingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sehingga sebati. Tambahkan susu pekat dan kulit oren dan gaul rata.
3. Tambahkan tepung gandum, garam dan serbuk penaik dan gaul rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan taburkan buah campuran kering di atas kek.
5. Bakar di dalam oven selama 60 minit pada suhu 160C.
6. Kek buah sedia untuk dihidang!

Resepi Biskut Suji Kristal

Bahan-bahan:

– 250g mentega
– 110g gula aising
– ½ tsp garam
– 50g badam kisar (disangai)
– 125g tepung jagung
– 300g tepung gandum
– Pewarna makanan (Kuning, hijau & merah )
– Gula kastor (untuk salutan biskut)

Cara-cara:

1. Sebatikan mentega bersama gula aising. Masukkan badam kisar, tepung jagung dan tepung gandum. Gaul kesemua bahan sehingga menjadi doh.
2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda.
3. Ambil sedikit doh daripada setiap warna dan timbang 10g setiap satu.
4. Susun di atas loyang pembakar dan bakar selama 20 minit pada suhu 170C.

Jom cuba.

Resepi Kuih Raya Warna-Warni Viral

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker