Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua

Menteri itu disoal siasat semula pada Isnin lalu, selepas beliau menghabiskan beberapa jam di ibu pejabat agensi antirasuah itu Ahad lalu.

Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar disoal siasat pihak berkuasa sekali lagi Isnin lalu sebagai sebahagian siasatannya ke atas pengambilan pekerja asing.

Sumber berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Sivakumar buat kali kedua dua hari lalu, selepas dia disoal siasat selama beberapa jam di ibu pejabat SPRM Ahad lalu.



Sumber itu bagaimanapun tidak mendedahkan tempat pertemuan kedua itu.

“Penyiasat akan terus mengumpul maklumat berhubung jejak wang itu,” kata sumber.

Sementara itu, seorang pegawai Sivakumar menafikan menteri itu dipanggil semula SPRM. Isnin lalu, Sivakumar menafikan SPRM menggeledah rumahnya, sebaliknya menyifatkan ia sebagai “lawatan”.

Difahamkan, fokus utama penyiasat kini adalah membuktikan jejak wang itu, selepas seorang ahli perniagaan yang ditahan SPRM didakwa mengaku mengutip wang daripada kontraktor untuk pegawai kementerian.



Walaupun jumlah sebenar tidak diketahui, sumber mendakwa jutaan ringgit mungkin dibayar bagi memastikan kontraktor mengekalkan kontrak yang diperoleh di bawah kerajaan terdahulu.

“Penyiasat akan memanggil sesiapa saja yang mereka syak terlibat dalam jejak wang itu, dan mereka akan menyiasat sesiapa saja yang dikatakan telah didekati ahli perniagaan itu berhubung kontrak terbabit,” kata sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menggesa semua pihak mengelak membuat spekulasi berhubung kes itu dan memberi masa kepada agensi itu menyelesaikan siasatannya.

Selain ahli perniagaan itu, SPRM turut menahan dua pegawai kanan Sivakumar. Ketiga-tiganya dibebaskan daripada reman pada Isnin lalu.



Sivakumar menggantung tugas kedua-duanya dan seorang lagi pegawai kementerian itu. FMT

Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa



Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker