Noor Hisham bersara wajib

Zaliha, warga KKM ucap selamat bersara buat Noor Hisham

Noor Hisham bersara wajib

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa merakam penghargaan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah yang akan bersara wajib Jumaat ini, selepas 35 tahun menabur bakti untuk negara.

Katanya, pengalaman Noor Hisham amat bermakna dan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membina perkhidmatan kesihatan rakyat setanding negara lain.



“Saya percaya khidmat Tan Sri tidak terhenti di sini, bahkan khidmat terbabit masih diperlukan untuk pembangunan perubatan dan kesihatan negara.

“Saya mewakili Kementerian Kesihatan (KKM) ingin mengucapkan selamat bersara dan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Noor Hisham di atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan beliau sepanjang perkhidmatannya di kementerian ini,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Beliau turut memuat naik gambar majlis persaraan Noor Hisham bersama warga KKM semalam.

Noor Hisham memegang jawatan itu sejak 2013 dan sepanjang lebih tiga dekad dalam perkhidmatan cemerlangnya, beliau antara individu penting ketika negara berdepan krisis kesihatan akibat Covid-19.



Malah, beliau juga dianggap “wira” rakyat melalui pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan pandemik itu.

Noor Hisham turut dinamakan antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN), berdasarkan kewibawaannya menangani krisis Covid-19. FMT

Noor Hisham bersara wajib

Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa



Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker