Luahan hati View Chin

Luahan hati View Chin

“Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin,” kata usahawan dan pempengaruh, View Chin.

View Chin memberi reaksi itu menerusi Facebook (Fb) selepas terpalit kontroversi curang dengan isterinya.

Menerusi hantaran sama, View Chin memohon orang ramai memberinya ruang dan sedia memberi kenyataan dalam waktu terdekat susulan isu membabitkan dirinya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri.

“Bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa,” katanya.

Menurut View Chin, sejak tularnya isu berkenaan, banyak urusan perlu diselesaikan dengan peniaga dan dia juga perlu menjawab pertanyaan daripada wakil jenama yang berurusan dengannya.

Katanya, isu membabitkan dirinya itu juga memberi impak hingga tidak dapat menjalankan perniagaan apabila premis dan kakitangannya diganggu mereka yang berkenaan.

“Rumah saya sudah kosong tanpa ada apa apa barang, semua barang sudah dipindahkan.

“Pelbagai kerja saya perlu selesaikan, ‘seller’ (peniaga) dan semua ‘brand’ barangan bertanya berkenaan perkara yang ‘viral’ (tular) dan juga mereka ingin duit mereka dipulangkan kembali.

“Saya perlu satu persatu menjawab setiap ‘seller’ dan memulangkan kembali duit mereka.

“Saya perlu selesaikan setiap tanggungjawab saya dahulu. Bagi saya masa untuk saya balas setiap persoalan yang anda semua nak tahu, saya akan menjawab,” katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial apabila wanita dikenali Shermine mendakwa View Chin curang bersama kakitangan yang sudah dianggap seperti keluarga.

Pendedahan itu dibuat Shermine menerusi Facebook (Fb) miliknya dengan memuat naik beberapa bukti seperti tangkap layar perbualan di WhatsApp.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya simpati terhadap Shermine dan menyalahkan View Chin serta wanita didakwa menjadi orang ketiga. HM

Luahan hati View Chin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker