Rohana Jalil banyak berahsia

Rohana Jalil banyak berahsia

Pelakon dan pengacara veteran, Jaafar Onn terkejut apabila dimaklumkan rakan baiknya, Rohana Jalil dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tanpa diketahui penyakit sejak semalam.

Kata Jaafar, 72, ketika dihubungi, mereka baru sahaja bertemu bagi menjayakan persembahan di Plaza Shah Alam, Selangor pada Ahad lalu.



“Ya, saya baru sahaja menjayakan ‘show’ bersamanya. Sememangnya Rohana bukan sahaja lemah, malah suaranya juga sudah kedengaran berbeza. Selepas menyanyi bersama saya menerusi pusingan pertama, Rohana terus duduk.

“Saya mencarinya di belakang pentas, dia pun sudah berusia 68 tahun, mungkin tidak larat berdiri. Namun, persoalan itu hanya pada diri saya sahaja, sebab saya tak tahu Rohana mempunyai penyakit.

“Sebenarnya Rohana banyak berahsia daripada rakan-rakan. Saya memang rapat dengannya, tetapi tidak pernah mengambil tahu mengenai apa yang dilakukan.

“Yang saya tahu, Rohana memaklumkan kepada saya sedang berdiet. Saya juga ada menasihatkannya mengenai pengambilan vitamin dan seumpamanya, walaupun saya tahu Rohana sedang menjaga pemakanan,” katanya kepada BH Online.



Tambah Jaafar, dia berhasrat melawat sahabat baiknya itu, namun orang luar selain keluarga tidak dibenarkan berbuat demikian.

Disebabkan itu, kata Jaafar, dia hanya menunggu berita daripada anak Rohana iaitu Kilafairy.

“Saya hanya dengar berita dari Kilafairy. Sebab hanya keluarga sahaja dibenarkan melawat.

“Jadi, kali terakhir saya jumpa Rohana pada Ahad lalu, kemudian kami tidak lagi berhubung.



“Kita tunggu sahaja berita dari keluarga, kemudian baru boleh dikongsi,” katanya.

Dalam pada itu, Jaafar atau nama sebenarnya, Jaafar Onn Awang, mendoakan agar Rohana cepat sembuh sedia kala.

“Saya sering berduet dengan Rohana, pergi ‘show’ pun selalu bersama. Selepas raya kami ada lagi ‘show’ bersama.

“Jujurnya, saya ada kumpulan Artis Kesayangan Jaafar Onn dan artis seperti Rohana, Datin Salwa Abdul Rahman, Norshila Amin dan Rina Eva adalah antara artis yang saya sering diberikan tawaran persembahan.



“Misalnya, jika saya dapat tawaran persembahan sebanyak RM5,000, saya tak pergi seorang, sebaliknya saya bawa mereka bersama untuk berkongsi rezeki. Jadi pastinya saya mengharapkan Rohana segera sembuh,” katanya.

Terdahulu, Rohana yang juga juara Bintang RTM 1980 itu dilaporkan berada dalam kritikal di ICU sejak semalam.

Doktor masih melakukan pemeriksaan dan pemantauan mengenai penyakit dihidapinya memandangkan penyanyi lagu Rayuanku itu tidak pernah alami penyakit serius sebelum ini. BH

Rohana Jalil banyak berahsia



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker