Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah

Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah

Sambutan hari lahir anak sulung pelakon Puteri Sarah Liyana, Syaikhul Islam, 6 Tahun diraikan dalam suasana sederhana, namun tetap meriah meskipun tanpa kelibat ayah mereka disisiiaitu pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

Menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan Sarah dalam Instagram miliknya menunjukkan majlis hari jadi yang diadakan di sebuah restoran bersama anak perempuannya iaitu Sumayyah 4 tahun.



Terdahulu, biarpun kes perceraian semakin rumit, pelakon Puteri Sarah tidak menghalang suaminya juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof beraya bersama anak-anak mereka.

Menurut sumber laporan berita, Sarah yang ditemui semasa sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan baru-baru ini terbuka jika suaminya itu ingin beraya bersama anak mereka iaitu Syaikhul dan Sumayyah.

Syarat pelakon Andai Itu Takdirnya hanya satu, Syamsul harus datang ke kediaman Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah di Kuala Lumpur.

“Saya akan menyambut raya seperti biasa bersama keluarga dan mentua dan kalau dia mahu berjumpa anak-anak boleh sahaja.



“Saya tidak kisah, datanglah berjumpa di Taman Melawati kediaman Datuk Yusof Haslam,” katanya dengan nada bersahaja.

Pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin juga memaklumkan bahawa dia akan bercuti bersama keluarga mentua tanpa memperincikan dengan lebih lanjut.

Terdahulu, Syamsul enggan memberi lafaz cerai terhadap isteri pertamanya berikutan tiada persetujuan mengenai beberapa terma.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada tarikh lain selepas Aidilfitri ini.



Untuk info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, serta Sumayyah, 4. Mr

Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah



Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker