View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi

View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi

Bekas isteri View Chin, Shermine Ah Moi akan mengambil tindakan undang-undang terhadap bekas suaminya itu atas tuduhan curang yang dilemparkan kepadanya.

Dia yang membuat satu hantaran ‘story’ di akaun Facebook miliknya hari ini berkata demikian selepas dituduh mempunyai skandal sehingga menjejaskan reputasinya.



Bukan itu sahaja, dia juga akan menuntut ganti rugi serta pampasan daripada View Chin atas tuduhan yang dilemparkan.

“Akibatnya, mereka telah merosakkan reputasi saya. Saya dengan ini berhak untuk meneruskan tindakan undang-undang dan menuntut ganti rugi serta pampasan,” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial apabila Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp antara View Chin dan Mira yang didakwa ‘berskandal’ di TikTok dan Facebook miliknya.

Hubungan Ah Moi dan View Chin mula bergolak selepas wanita itu mendedahkan kecurangan suaminya bersama Mira semasa dia masih lagi dalam pantang. K Online



View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker