Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

<yoastmark class=

IBU kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail meluahkan rasa kesal terhadap perbuatan anaknya yang tergamak melukakan hati isteri pertama, Puteri Sarah Liyana dan dua orang cucunya.

Menurut Patimah, dia tidak menyangka pengarah filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam itu sanggup berbuat demikian demi keluarga isteri keduanya, Ira Kazar yang disifatkan tidak bermaruah.



“Sebagai ibu, saya memaafkan Syamsul tapi saya tidak boleh terima apa yang dia buat kepada Puteri Sarah dan anak-anaknya untuk keluarga perempuan yang tidak bermaruah itu!” ujarnya.

Namun begitu, isteri kepada penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam atau Mohd Yusof Md Haslam Khan, 69, tetap berdoa kepada Tuhan memohon yang terbaik buat mereka.

“Ya Allah, aku tetap bersyukur walau apa pun berlaku kerana perancangan-Mu adalah yang baik buat kami, walaupun perkara itu tidak baik,” tulisnya di kapsyen Insta Story miliknya sambil meletakkan ‘emoji’ menangis.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah jatuh kerusi gelak baca tuduhan nusyuz Syamsul


Dalam pada itu, Patimah turut melahirkan rasa kesian terhadap cucu-cucunya terutama Sumayyah yang masih belum faham keberadaan bapanya yang tidak lagi tinggal bersama mereka.

Hantaran di Insta Story itu diletakkan lagu latar Rangkullah Hatiku nyanyian Uchi Qolby dan gambar latar Sumayyah sedang lena dibuai mimpi.



“Sumayyah masih tidak memahami kenapa ayah tidak tinggal bersama mamanya, Syaikhul sudah terbiasa hidup bersama mama tanpa ayah,” luahnya.

Sepanjang kes lafaz cerai antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof sedang berlangsung di mahkamah, Patimah tidak berhenti mendoakan kebaikan dan kesejahteraan menantunya.

“Ya Allah, takdirkanlah yang terbaik buat Puteri Sarah Liyana. Engkau Maha Mengetahui dan ampunkan dosa-dosa mereka yang telah meruntuhkan masjid mereka,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Uqasha terpaksa lawan ketakutan




Semalam, sepatutnya Syamsul,39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Namun tidak jadi berbuat demikian selepas kedua-dua belah pihak gagal mencapai kata sepakat dalam beberapa perkara.

Berikutan itu, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.



Menerusi prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan 18 April untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.


Baca Artikel Menarik:

Puteri Sarah tampil trend baru, pakai baju putih untuk proses cerai



Bagaimanapun, pada 6 Januari lalu, Syamsul mengumumkan dia berkahwin satu lagi dengan wanita dikenali, Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi di Thailand dengan diwalikan oleh Kazar sendiri. Utv

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker