Syamsul tarik balik janji sediakan kediaman untuk anak-anak

Syamsul tarik balik janji sediakan kediaman untuk anak-anak

Pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, merasakan tuntutan dibuat terhadap suaminya yang juga pengarah sensasi, Syamsul Yusof untuk proses perceraian tidak keterlaluan.

Puteri Sarah berkata, dia sudah berbincang dengan ibu bapanya termasuk Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail berhubung tuntutan tidak melebihi RM1 juta.



“Soal tuntutan, saya sudah berbincang dengan ibu bapa mentua, mereka juga bersetuju dengan tuntutan, tiada masalah.

“Apa-apa saya akan berbincang dengan ibu bapa saya dan mentua. Mereka bersetuju, mengatakan tuntutan saya hanya sedikit.

“Tetapi, saya tidak mahu minta lebih-lebih. Saya minta apa yang dirasakan munasabah. Dan saya tak minta bayar sekali gus, sebaliknya secara bulanan,” katanya kepada BH Online.

Berikutan itu, Puteri Sarah memaklumkan dirinya tetap akan meneruskan perjuangannya untuk menuntut hak dua anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Summayah.



“Syamsul pernah berjanji jika ada rezeki nak bagi rumah. Sebab tempat tinggal anak-anak kena sediakan, tetapi itu pun tiba-tiba tak mahu bagi.

“Seperti yang saya katakan, kalau nak bersama isteri kedua, pergilah, tetapi nafkah anak-anak janganlah kurangkan,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah menyuarakan tidak berpuas hati terhadap permintaan Syamsul untuk mengurangkan nafkah anak-anak dan mutaah.

Puteri Sarah yang ditemui selepas perbincangan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah, Wilayah Persekutuan hari ini berkata, dia tidak akan bersetuju terhadap permintaan suaminya, Syamsul Yusof untuk menarik balik seluruh kes di Mahkamah Sivil Kuala Lumpur berhubung prosiding menghina mahkamah terhadap Ira Kazar, bapa dan kakaknya.



Sementara itu, mengulas pertemuan antara Puteri Sarah dan Syamsul pada Hari Raya, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Tak tahulah, tengoklah macam mana,” katanya.

Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding hari ini akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas pada 25 Mei depan.

Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.



Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili kedua-dua pihak memaklumkan terdapat perkembangan baharu dan penyelesaian.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya sudah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.



Sebelum itu, pada 7 Mac lalu, pasangan tersebut diperintahkan oleh mahkamah sama, supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie itu memerintahkan demikian selepas keengganan Syamsul untuk menceraikan isteri pertamanya itu.

Dalam proses perceraian, JKP terdiri daripada anggota keluarga yang rapat dengan pasangan terbabit bertujuan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangga.

Antara alasan dikemukakan Puteri Sarah selaku plaintif untuk bercerai ialah sudah tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.



Syamsul pula selaku defendan sebelum ini memaklumkan enggan menceraikan isteri pertamanya kerana yakin rumah tangga mereka boleh diselamatkan, selain masih menyimpan perasaan sayang terhadap Puteri Sarah. BH

Syamsul tarik balik janji sediakan kediaman untuk anak-anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?

Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker