Nak beraya dengan anak, datang rumah Yusof Haslam – Puteri Sarah

Nak beraya dengan anak, datang rumah Yusof Haslam – Puteri Sarah

Puteri Sarah Liyana mengizinkan suaminya, Syamsul Yusof untuk melawat anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah pada Aidilfitri ini.

Puteri Sarah juga memaklumkan dia akan meraikan Aidilfitri di kediaman mentuanya di Taman Melawati, Hulu Klang, di sini.



“Aidilfitri tahun ini seperti biasa. Kalau dia nak berjumpa anak-anak, boleh saja. Silalah datang ke rumah di Taman Melawati, rumah Datuk Yusof Haslam. Saya akan beraya di sana dan pergi bercuti bersama,” katanya.

Sementara itu, Syamsul ketika ditemui enggan memberikan sebarang komen dan perkongsian saat ditanya mengenai sambutan Aidilfitrinya tahun ini.

“Apa-apa, tanya kepada peguam saya. Saya letih,” katanya.

Terdahulu, Sarah mengesahkan bahawa dia tidak akan beraya di luar negara seperti yang dikongsikan ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail, baru-baru ini. HM



Nak beraya dengan anak, datang rumah Yusof Haslam – Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Zulin berpisah demi konten?



Tak sah zakat fitrah kalau makan beras basmathi, bayar kadar beras biasa

Aliff yang hempas pasu RM400,000, Yana tak takut disaman



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker