Loke sepatutnya berterima kasih kepada Ka Siong

Susulan harga tambang kapal terbang mahal

Loke sepatutnya berterima kasih kepada Ka Siong

oleh Dahlan Maamor

Tindakan bekas menteri pengangkutan Wee Ka Siong yang menyuarakan kekecewaannya, dengan mendakwa harga tambang kapal terbang kelas ekonomi terlalu mahal menjelang musim perayaan Aidilfitri menimbulkan polemik, baru-baru ini dan masih belum berpenghujung..



Menteri Pengangkutan Anthony Loke bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah semasa musim perayaan Aidilfitri adalah terlalu tinggi.

Susulan itu, terjadi pertikaman lidah antara kedua-dua mereka.

Saya mencadangkan Wee tampil memohon maaf dan berdamai kerana saya melihat beliau jujur memikirkan kebajikan dan kepentingan rakyat.

Wee tiada niat berkelahi tetapi ia sebagai tanggungjawab seorang pemimpin dan wakil rakyat.



Kedua-dua mereka masih berbalas hujah mempertahankan kebenaran masing masing.

Apa yang sebenarnya ialah niat Wee disalah-ertikan kerana beliau mengenengahkan masalah rakyat kebanyakan.

Loke pula terasa diri ditempelak atau cuba ditegur oleh Wee dan tidak dapat menerima keadaan ini.

Bermulalah episod “berbalas pantun” antara kedua-dua mereka dan kemelut ini hanya untuk mencari jalan membantu kesejahteraan rakyat.



Sementara Loke dalam kedudukannya sebagai menteri enggan mengalah dan agak emosi ketika sidang media menjawab rungutan Wee.

Sepatutnya Loke hanya perlu berterima kasih dengan Wee yang cuba membantu mengenengahkan masalah rakyat dan akan cuba berbincang bagi mencari jalan.

Periksa rungutan Wee dan terima dengan hati terbuka tetapi ini tidak berlaku dan Loke memilih untuk “menyerang” Wee.

Perbincangan kedua-dua mereka sepatutnya diadakan memandangkan Wee juga memiliki pengalaman dan pernah berada di Kementerian Pengangkutan (MOT) selaku menteri.



Apalah salahnya menteri mempelawa Wee untuk minum kopi dan berbincang memandangkan mereka berada dalam keluarga kerajaan perpaduan.

Apalah yang susah sangat nak berdamai dan menerima teguran Wee. Jika tidak benar jawab dalam nada berhemah dan setiakawan.

Jangan bawa permusuhan kepartian di dalam isu kepentingan rakyat. Rakyat kebanyakan akan melihat ia tidak bijak dan menteri yang berada di tampuk kuasa perlu tenang dan anda bukan lagi pembangkang.

Dalam soal ini saya memilih dan cenderung dengan keikhlasan Wee yang berhajat membangkitkan isu rakyat.



Kalau tegurannya tidak betul, sila betulkan dan tidak perlu membuat cabaran yang mengeruhkan lagi keadaan.

DAHLAN MAAMOR pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Loke sepatutnya berterima kasih kepada Ka Siong

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker