Malu 3 kali gagal peperiksaan, lelaki cuba bakar diri

Malu 3 kali gagal peperiksaan, lelaki cuba bakar diri

Seorang lelaki membakar dirinya di sebuah stesen minyak di Segamat, Johor kelmarin kerana malu dengan keluarga selepas gagal peperiksaan undang-undang buat kali ketiga.



Ketua Polis Segamat, Ahmad Zamry Marinsah, berkata dalam kejadian 8 malam itu, lelaki berusia 24 tahun terbabit menyalakan api dengan pemetik api selepas menyiram petrol di badan.

Bagaimanapun katanya, pemilik stesen minyak di Jalan Ibrahim itu berjaya memadam api dan menyelamatkan mangsa.

“Namun, mangsa kemudiannya berlari ke arah KM185 Jalan Seremban-Johor Bahru dan cuba membunuh diri sekali lagi dengan duduk di tengah jalan.

“Pemandu lori yang melalui jalan itu berjaya menghentikan kenderaannya apabila ternampak kelibat lelaki terbabit di tengah jalan. Tetapi, Proton Wira dari arah belakang lori itu gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar bahagian belakang lori,” katanya menurut Berita Harian.



Beliau berkata, mangsa dalam keterangan awalnya memaklumkan dia cuba membunuh diri kerana malu dengan keluarga selepas tiga kali gagal peperiksaan ijazah undang-undang.

Katanya, polis sedang mengenal pasti kesahihan maklumat itu dan mangsa yang melecur hampir seluruh badan dihantar ke Hospital Daerah Segamat untuk rawatan.

Menurutnya, pegawai perubatan mengesahkan 70% badan mangsa terbakar dalam kejadian itu. FMT

Malu 3 kali gagal peperiksaan, lelaki cuba bakar diri



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker