Pembantu Adun Bersatu disiasat pecah amanah

Polis turut menahan isterinya dan seorang lagi lelaki pada 10 April lalu berhubung kes membabitkan RM533,440.

Pembantu Adun Bersatu disiasat pecah amanah

Seorang pembantu kepada Adun Bersatu Selangor ditahan polis bagi membantu siasatan kes pecah amanah jenayah berjumlah RM533,440.

Sumber berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan bersama dua yang lain termasuk isterinya pada 10 April lalu.



Difahamkan ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis sedang menyelesaikan siasatan dan akan menyerahkannya kepada timbalan pendakwa raya tidak lama lagi,” kata sumber itu kepada FMT, sambil menambah Adun itu bukan suspek dalam kes berkenaan.

Sumber itu berkata, pada Julai 2022, pembantu Adun itu menjemput mangsa, seorang pengarah syarikat, untuk membida kontrak RM1.7 juta bagi menganjurkan program Kementerian Belia dan Sukan di Perak.

Mangsa diminta membayar komisen 3% dan membida projek itu melalui NGO yang dikaitkan dengan pembantu berkenaan.



Bagaimanapun, selepas menerima bayaran, mangsa menyedari dia mengalami kekurangan wang sebanyak RM533,440, kata sumber itu.

Mangsa dikatakan mendapati jumlah itu dipindahkan oleh NGO itu kepada sebuah syarikat milik isteri suspek.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah.

Pembantu Adun Bersatu disiasat pecah amanah



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker