Mohon doakan Mama saya – Kilafairy

Mohon doakan Mama saya – Kilafairy

Anak penyanyi era 1980-an, Rohana Jalil, iaitu Kilafairy memberitahu ibunya semakin menunjukkan tanda pemulihan positif selain mampu menggerakkan sebahagian anggota badan.

Bagaimanapun, Kilafairy atau nama sebenar, Syakila Nisa Jahangir Khan berkata, proses untuk ibunya sembuh sepenuhnya masih jauh. Justeru, dia berharap orang ramai dapat terus memanjatkan doa.

“Mama sudah pindah wad separa kritikal (zon kuning). Masih dalam pantauan rapat doktor.

“Cuma, ada nampak perubahan positif, Mama boleh gerak-gerak sikit badan, perjalanannya masih panjang. Mohon jangan putuskan doa untuk Mama,” katanya kepada BH Online.

Rohana ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selasa lalu, sebelum dipindahkan ke unit dependensi tinggi (HDU), semalam.

Rabu lalu, Rohana atau nama sebenar, Dara Abd Jalil, 68, selamat menjalani pembedahan untuk merawat kebocoran pada usus perut dan keadaannya dilaporkan positif selepas prosiding itu.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa menziarahi Rohana di hospital.

Anwar menerusi perkongsian di Facebook (FB) memaklumkan Rohana mengalami kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan.

“Seniwati Rohana sedang dirawat ICU, akibat kebocoran usus dan tahap kesihatannya masih dipantau pasukan perubatan,” katanya. BH

Mohon doakan Mama saya – Kilafairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker