Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap

Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap

Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap

Pengasas Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew, berkata beliau tidak berasa malu jika menjadi bankrap, sebaliknya berasa malu jika membenarkan pempetisyen bankrap itu, Patrick Healy mengambil RM3 juta daripadanya atau dari bumi Malaysia dengan begitu mudah.

Tokoh perniagaan itu berkata, sebagai warganegara Malaysia, beliau akan patuh kepada undang-undang Malaysia dan Healy memperoleh perintah dari mahkamah timbang tara Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan prinsip ‘Alter-Ego’.

“Nilai RM3 juta tidaklah besar bagi saya, tetapi semasa COVID-19, kita tahu betapa bernilainya RM3 juta ini untuk Malaysia, dan semua ini berlaku semasa COVID-19.



“Semasa COVID-19 saya telah menyediakan inisiatif ‘Bantu-Bantu Malaysia’, yang mana kami telah menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan dan mengagihkan 1.2 juta kilogram beras, lebih sejuta paket mee segera, 200,000 kilogram minyak masak, garam, gula, serta semua makanan dalam tin.

“Semua ini dibungkus ke dalam 220,000 bungkusan makanan untuk diedarkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam sidang akhbar khas kedua di sini, hari ini.


Baca Artikel Menarik:

Khairy dipelawa sertai Bersatu




Pada sidang media khas pertamanya minggu lalu, Kim Yew berkata, beliau masih lagi ‘amat solven’ atau berkemampuan membayar hutang dan menegaskan bahawa keputusan mahkamah timbang tara AS telah digunakan untuk memfailkan notis kebankrapan terhadapnya di Jabatan Insolvensi Malaysia.

Katanya, beliau telah meletakkan jawatan daripada semua lembaga pengarah syarikatnya disebabkan oleh status bankrapnya.

Dalam pada itu, Kim Yew turut menjelaskan bagaimana dan bila Healy mula mengemukakan saman.

Beliau berkata, pihaknya telah menutup syarikat Company Club Excellence Ltd yang bertapak di AS pada Februari 2017 dengan Healy adalah bekas pegawai (Pengarah dan Setiausaha Syarikat) dan dibayar secara terkumpul AS$570,000 (RM2.53 juta).



“Dia telah pergi ke Mahkamah Timbang Tara AS untuk menyaman saya menggunakan alasan ‘Alter-Ego’ pada 2019, daripada Mahkamah Nevada. Kemudian, dia membawa perintah AS itu ke Malaysia dan memfailkan kes pada Ogos 2020 semasa kemuncak wabak COVID-19 di Malaysia.


Baca Artikel Menarik:

Negeri PAS tak dapat halang strategi rumah terbuka Anwar


“Pada 26 Januari lalu, pada hari kelima Tahun Baru Cina, tanpa kehadiran saya, peguam saya dimaklumkan bahawa perintah kebankrapan atau AORO telah dikeluarkan.



“Sebab dan punca kepada saman RM3 juta (AS$722,000) ini bukanlah wang yang saya berhutang atau pinjam daripada Patrick (Healy) secara peribadi.

“Dia bekerja di syarikat itu, dibayar oleh syarikat, istilah itu dipanggil ‘Alter-Ego’. Saya pun tidak tahu apa maksud ‘Alter-Ego’ ini sehinggalah saya sendiri sudah terkena dengannya,” katanya. BH


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker