Ahli Umno perlu bermaafan, bersatu hadapi PRN – Johari

Ahli Umno perlu bermaafan, bersatu hadapi PRN – Johari

Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani berharap ahli parti bermaafan pada Hari Raya dan memperkukuh perpaduan menjelang PRN.

Johari berkata, Aidilfitri medan terbaik mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli parti dan memperkukuh kembali parti itu.



Katanya, parti perlu kukuh dengan ahli bersatu padu fokus mengharungi PRN serta PRU16.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin kepada ahli Umno khususnya selepas kita selesai pemilihan parti.

“Kita semua kena rapatkan barisan, saling bermaafan antara satu sama lain dan perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada PRN serta PRU akan datang,” katanya menurut Umno Online.

Pada masa sama beliau turut menitipkan pesanan kepada perantau yang pulang ke kampung untuk memandu secara berhemah.



“Saya juga ingin mengucapkan kepada mereka yang akan pulang ke kampung, yang mana memandu itu berhati-hati di jalan raya, biar lambat asal selamat,” katanya. FMT

Ahli Umno perlu bermaafan, bersatu hadapi PRN – Johari

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker