Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak

Netizen perli Syamsul Yusof

Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak

Konflik di antara Puteri Sarah dan Syamsul Yusof nampaknya berpanjangan selepas pengarah terkenal itu mengubah fikiran dan enggan melafazkan talak, semalam.

Menurut Sarah, punca penceraian itu tidak berlaku adalah tiada kata sepakat dicapai selepas Syamsul dikatakan meminta diskaun nafkah anak-anak dan mahu Sarah menarik semula saman terhadap isteri keduanya, Ira Kazar.



Dalam pada itu, berita tentang konflik rumah tangga mereka ini sudah tentu menjadi perhatian ramai dan ia hangat dibualkan netizen di media sosial sejak semalam.

Menerusi Facebook, kebanyakan individu mengkritik dan menyindir Syamsul disebabkan isu meminta diskaun nafkah anak-anak itu.

Pengarah Mat Kilau itu teruk dihentam netizen yang memerlinya mampu untuk menambah seorang lagi isteri dalam tanggungan tetapi apabila membabitkan nafkah anak, mohon dikurangkan pula.

Selain itu, segelintir individu tidak mengerti dengan permohonan Syamsul dan persoal tentang kewangannya di mana ramai menganggap dia mampu.



Malam tadi, Syamsul telah tampil memberi penjelasan daripada pihaknya menerusi video di Instagram selepas mengatakan apa yang tersebar adalah fitnah.

Dakwanya pula, ketika berbincang minggu lepas Sarah bersetuju dengan apa yang dibincangkan namun telah menukar perjanjian di saat-saat akhir membuatkan dia enggan melafazkan talak. Bn

Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul

Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah



Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker