Karim gelar MP DAP ‘dungu’ berkait penerbangan butik

Karim gelar MP DAP ‘dungu’ berkait penerbangan butik

Dua pemimpin Sarawak bertelagah berhubung cadangan kerajaan negeri menubuhkan syarikat penerbangan butik.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah, membidas Dr Kelvin Yii, melabelkan Ahli Parlimen Bandar Kuching itu sebagai “dungu” kerana mempersoalkan kemampanan ekonomi mempunyai syarikat dimiliki kerajaan negeri.



Pada Selasa, Yii mengingatkan kemungkinan jamin keluar (bailout) memberi kesan negatif kepada ekonomi negeri dan menggesa lebih banyak maklumat dikemukakan membabitkan kos projek, analisis kos-manfaat, dan pihak yang terlibat.

Beliau juga menuntut kerajaan Sarawak bekerjasama dengan syarikat penerbangan nasional dan swasta dalam meningkatkan kesalinghubungan terutama di laluan domestik, dengan menawarkan insentif dan subsidi.

Bagaimanapun, Karim mempertahankan inisiatif penerbangan butik berkenaan, sambil menyatakan kerajaan perlu melaksanakan pelan besar itu walaupun tidak mengaut keuntungan memandangkan “Sarawak berada di pulau”, lapor Dayak Daily.

Katanya, rakyat Sarawak terpaksa menanggung tambang penerbangan terlampau mahal, terutama pada musim perayaan, dan penerbangan butik membuka laluan kepada kerajaan negeri menentukan harga tambang.



“Tiba-tiba ‘dungu’ ini datang. Apabila saya baca (kenyataan), saya kecewa. Apa yang sebenarnya beliau mahu sampaikan?” kata Karim dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Yii memberi maklum balas beliau sebenarnya “dungu” jika tidak menuntut ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam langkah berisiko itu kerana memberi kesan besar kepada negeri dan rakyatnya.

Katanya, beliau menyokong inisiatif demi kebaikan Sarawak, namun berpendirian tegas sama ada penerbangan butik merupakan langkah terbaik meningkatkan kesalinghubungan dan menstabilkan harga tambang.

“Jadi, berbanding menunjukkan ketelusan dan kebertanggungjawaban dengan kos keseluruhan projek, termasuk kajian kebolehlaksanaan dan kemampanan, serta analisis kos-manfaat, mereka akhirnya menggunakan gaya politik remeh dengan memberi ‘gelaran’ untuk mengelak isu sebenar,” katanya dalam kenyataan.



Yii berkata, kenyataan Karim itu mengesahkan desakan menubuhkan penerbangan butik adalah untuk “menstabilkan” harga tambang penerbangan ketika musim perayaan dan menteri mengakui langkah itu tidak menguntungkan.

“Kita tidak mahu melihat selepas beberapa tempoh, kerajaan Sarawak tidak mempunyai pilihan apabila menggunakan sejumlah besar dana awam untuk jamin keluar syarikat penerbangan itu untuk terus beroperasi kerana tidak mampan,” katanya. FMT

Karim gelar MP DAP ‘dungu’ berkait penerbangan butik

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker