Takbir raya dan perang Khandaq

Takbir raya dan perang Khandaq

Berakhirnya Ramadan dan tibanya Syawal, malamnya akan mula berkumandang takbir raya. Terasa kemeriahan Aidilfitri apabila bergemanya takbir. Namun, tahukah anda dalam bacaan takbir ini, turut disebut tentang satu peristiwa yang dikenali sebagai Perang Khandaq?

Perang Khandaq atau juga disebut sebagai Perang Ahzab merupakan peristiwa pengepungan Madinah selama lebih kurang empat minggu oleh suku-suku di antara gabungan orang Arab dan Yahudi yang berdendam dengan umat Islam selepas peristiwa mereka diusir keluar dari Madinah pada tahun keempat Hijrah.



Perang ini berlaku pada bulan Syawal tahun kelima Hijrah (627 Masihi) dan berakhir pada 7 Zulkaedah. Ia juga dikenali sebagai pertempuran Ahzab dan turut diceritakan dalam al-Quran menerusi surah Al-Ahzab, yang menggambarkan pakatan orang musyrik dan Yahudi menentang Islam.

Perkataan ‘khandaq’ pula bermaksud ‘parit’ yang merujuk kepada parit yang digali oleh orang Islam sebagai persediaan dalam pertempuran ini. Salah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Salman al-Farisi telah memberi cadangan agar mereka menggali parit dalam peperangan ini sebagai strategi pertahanan. Ia merupakan taktik yang diambil daripada tentera Parsi dalam peperangan.

Parit yang digali di sekitar Madinah itu disiapkan dalam tempoh enam hari. Segala hasil tanaman di Madinah juga dituai lebih awal untuk menjamin bekalan makanan penduduk Madinah tidak terputus sepanjang umat Islam dikepung oleh pakatan al-Ahzab.

Orang Islam yang dipimpin Nabi Muhammad SAW dalam mempertahankan Madinah hanya sekitar 3,000 orang. Manakala pakatan musyrik dan Yahudi terdiri seramai 10,000 orang, lengkap dengan ratusan kuda dan unta.



Melalui kepintaran dan diplomasi Nabi Muhammad SAW, keberkesanan parit dan juga cuaca buruk yang dikirimkan Allah SWT yang menerbangkan segala kelengkapan pasukan Ahzab, akhirnya musuh dapat dikalahkan oleh orang Islam walaupun jumlah mereka jauh lebih ramai.

Peristiwa ini yang disebut dalam salah satu bacaan takbir hari raya tanda mengingati bantuan Allah ke atas umat Islam.

“Sadaqa wa’dah, Wanasora ‘abdah, Wa a’azza jundahu Wahazamal ahzaaba wahdah.”

“Dia (Allah SWT) membenarkan janjinya, dan membantu hambanya, dan memuliakan tenteranya serta mengalahkan pakatan tentera Ahzab dengan secara bersendirian.”



Berdasarkan penjelasan Imam al-Nawawi, perkataan ‘Ahzab’ di dalam lafaz takbir raya ini adalah tentang Perang Khandaq yang juga dikenali sebagai Perang Ahzab.

“Dan yang dimaksudkan dengan al-Ahzab (dalam lafaz ini) ialah mereka yang berpakat di dalam Perang Khandaq untuk memerangi Rasulullah SAW.” (al-Nawawi, Sharh Muslim)

Takbir raya yang kita laungkan bukan hanya tanda kegembiraan tibanya Aidilfitri untuk diraikan, tetapi juga mengenang kembali pertempuran ini yang dimenangi oleh umat Islam.

Takbir raya dan perang Khandaq



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah tunjuk bukti mesej Syamsul



Kalau saya dedah video tak senonoh tak nusyuz ke – Puteri Sarah

Sarah tukar perjanjian, minta amaun melampau – Syamsul



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker