Michelle Yeoh bawa trofi Oscar jumpa Anwar

Michelle Yeoh bawa trofi Oscar jumpa Anwar

Bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Perdana Putra, Putrajaya.

Pertemuan bersama pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 itu dikongsikan Anwar menerusi hantaran di Facebook dan Instagram miliknya.



“Hari ini terima kunjungan tokoh budayawan dan seniwati Michelle Yeoh. Beliau mengimbau kisah suka dan duka perjalanan hidupnya. Beliau turut menitip pesan bahawa kejayaan gemilang anugerah Oscar itu cukup bermakna bagi dirinya, keluarga, dan juga rakyat Malaysia seluruhnya.

“Pencapaiannya itu berjaya mengangkat nama negara di persada antarabangsa. Saya ucap semoga maju jaya dan terus beroleh kejayaan,” katanya.

Pelakon berusia 60 tahun itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem “Everything Everywhere All At Once” di Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Beliau menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande). FMT



Michelle Yeoh bawa trofi Oscar jumpa Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker