Yusof Haslam kongsi pengalaman: ‘Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga…’

Yusof Haslam kongsi pengalaman: ‘Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga…

PADA saat anaknya, pengarah Syamsul Yusof berdepan dengan masalah rumah tangga yang belum berpenghujung bersama isterinya, Puteri Sarah, karyawan seni tersohor,
Datuk Yusof Haslam berkongsi mengenai perjalanan dan liku perkahwinannya bersama Datin Fatimah Ismail.

Pemilik rumah produksi gergasi Skop Production itu memberitahu beliau dan isteri akan menyambut ulang tahun ke-40 perkahwinan mereka pada bulan Mei ini.

Meski usia perkahwinan sudah masuk 40 tahun, Yusof merancang untuk membuat sebuah majlis meraikan pernikahannya yang masih utuh sekali gus sambutan Aidilfitri.



“Insya-Allah saya merancang melakukan sambutan ulang tahun perkahwinan ke-40 pada bulan depan, serentak dengan majlis Hari Raya Aidilfitri. Kami mahu potong kek perkahwinan ke-40,” katanya sewaktu ditemui Gempak.

Yusof Haslam kongsi pengalaman: 'Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga...'
Yusof Haslam kongsi pengalaman: ‘Dulu isteri saya pernah rasa dipinggirkan, sehingga…’

Baca Artikel Menarik:


Mengenang tempoh perkahwinan empat dekad dengan Fatimah, Yusof mengaku pada awal perkahwinan, beliau pernah membuat isterinya jauh hati dan berasa terpinggir.

“Saya ingat masa muda, saya sibuk bekerja bangunkan, menegakkan dan berjuang untuk syarikat yang baru bertapak, isteri pernah berasa dipinggirkan kerana jarang berjumpa.



“Selalu saya balik, anak-anak pun sudah tidur. Of course isteri ada perasaan marah dan memberontak apabila suami selalu jauh dan sibuk.

“Tapi saya kena fikir tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Isteri terasa hati, saya kena jernihkan keadaan. Suami dan isteri kena pandai ambil hati,” cerita Yusof panjang lebar.

Ditanya bagaimana beliau menjadi seorang nakhoda kapal yang berjaya berlayar selama 40 tahun tanpa karam, Yusof mengakui perkahwinan bukan sebuah perjalanan yang mudah.

Namun, ia mampu bertahan jika sang suami dan isteri bijak menjaga perasaan masing-masing.
“Dalam perkahwinan, kedua-dua sang suami dan sang isteri memainkan peranan. Harus jaga perasaan antara satu sama lain.




Baca Artikel Menarik:

Ameera Khan jadi pengantin tahun depan

“Jika berlaku pertengkaran, cepat selesaikan. Untuk mencari ketenangan hidup, minta maaf. Sang suami salah, minta maaf. Sang isteri salah, minta maaf. Minta maaf tidak rugi,” pesan Yusof.

Tambahnya lagi, jika suami bersalah dan meminta maaf, martabat seorang lelaki tidak akan jatuh dengan meminta maaf.



Malah figura berusia 68 tahun ini juga tidak malu mengaku jika berlaku pertengkaran atau membuat isterinya terasa hati, beliau akan cepat menyelesaikan masalah.

“Buang ego. Tak jatuh martabat suami bila minta maaf. Kita sebagai hamba Allah yang serba kekurangan, biarkan nampak hebat tapi hebat itu diberikan atas izin Allah.


Baca Artikel Menarik:

Mira dedah cerita cinta dengan View Chin




“Kalau ada salah, minta maaf, itulah benteng dalam rumah tangga,” ujar Yusof.

“Kalau isteri saja ambil hati suami, tapi suami tak ambil hati isteri, bagi saya rajuk akan panjang, kalau dibiarkan isteri rajuk tak dipujuk masalah tidak akan selesai,” katanya. — Gempak
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker