Prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul tetap box office – Penerbit

Prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul tetap box office – Penerbit

“Insya-Allah, saya yakin prekuel filem Mat Kilau ini akan berjaya mencatat ‘box office’ kerana digarap oleh pengarah berkaliber dipilih, dilengkapi barisan pelakon yang bagus dan jalan cerita berkesan,” kata penerbit filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Abdul Rahman Mt Dali.

Abdul Rahman berkata, dia bagaimanapun masih lagi mahu merahsiakan pengarah dipilihnya menggantikan Syamsul Yusof serta barisan pelakon yang baginya memiliki karisma tersendiri yang diminati ramai.



“Kami di Studio Kembara amat menitikberatkan skrip yang bagus, lakonan berkesan, pengarahan yang betul dan mempunyai sudut kewangan mencukupi untuk melahirkan karya bermutu selain pemasaran.

“Dalam hal ini, kita memang ada cerita prekuel Mat Kilau yang bagus dan saya percaya kisah dibawa ini sangat menarik dan sesuai dengan permintaan pasaran. Insya-Allah akan diminati ramai juga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Abdul Rahman, dia juga yakin skrip prekuel Mat Kilau itu menepati hiburan kreatif dan memberi manfaat.

Katanya, jalan ceritanya amat dekat dengan penonton yang pernah memberi sambutan kepada filem Mat Kilau sebelum ini.



“Saya amat yakin dengan kisah prekuel ini kerana bagi saya ia lebih menarik lagi. Begitu juga, barisan pelakon yang kami pilih sangat bagus dan mampu berlakon dengan berkesan. Saya yakin mereka ditunggu-tunggu oleh lapisan masyarakat penonton sama ada golongan muda dan berusia.

“Kita dalam Studio Kembara ini bertekad tidak akan menayangkan kepada penonton sekiranya kita sendiri tidak puas hati dan berasa karya itu tidak mencapai tahap piawaian yang ditentukan. Kalau kita nak keluarkannya (filem), bermakna kita berpuas hati dengan semua perkara termasuk corak pengarahan.

“Kita kini ada ramuan tertentu dan secukupnya untuk menerbitkan filem prekuel yang bagus ini dan mudah-mudahan diterima baik oleh semua lapisan masyarakat,” katanya tidak bimbang tanpa sentuhan Syamsul dan pembabitan pelakon asal filem Mat Kilau.

Terdahulu, filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul berjaya mencatat kutipan RM100 juta tahun lalu yang diterajui pelakon berpengalaman seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi. HM



Prekuel Mat Kilau tanpa Syamsul tetap box office – Penerbit

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?



Ibu maafkan kau Sol, tapi….

Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker