Alwi Ketua UMNO Bahagian Ketereh, anak Annuar Musa Ketua Pemuda

Alwi Ketua UMNO Bahagian Ketereh, anak Annuar Musa Ketua Pemuda

Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad menang tanpa bertanding Ketua UMNO Bahagian Ketereh menggantikan Tan Sri Annuar Musa yang dipecat dari parti Disember lalu.

Md Alwi sebelum ini Timbalan Ketua UMNO bahagian berkenaan.



Jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian pula disandang oleh Azmi Ishak.

Sementara itu, Afiq Amani Annuar menang bagi jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkenaan.

Afiq Amani yang juga anak kepada Annuar menang tanpa bertanding manakala jawatan Ketua Wanita pula kekal disandang oleh Sabariah Hamzah.

Ketua Puteri disandang oleh Rabiatul Adawiah Mohamed.



Calon Parlimen Ketereh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Marzuani Ardilla Ariffin kini memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita bahagian berkenaan.

Pemilihan UMNO Bahagian Ketereh antara yang menjadi tumpuan di Kelantan selepas Annuar yang juga penyandang Ketua UMNO Bahagian itu dipecat daripada UMNO Disember tahun lalu. BH

Alwi Ketua UMNO Bahagian Ketereh, anak Annuar Musa Ketua Pemuda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]



Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker