Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600

Keluarga penggali kubur mati dalam lokap dapat ganti rugi RM197,600

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini mengarahkan kerajaan membayar ganti rugi berjumlah RM197,600 kepada keluarga Fadzrin Zaidi yang dilapor meninggal dunia di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di sini, lima tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown, Datuk Anand Ponnudurai membuat keputusan berhubung pembayaran ganti rugi itu kepada ibu mangsa, Fadhelah Othman, 56, selepas selesai prosiding kes saman sivil keluarga terbabit terhadap 10 individu serta kerajaan Malaysia, tengah hari tadi.



Beliau menetapkan jumlah itu, termasuk RM50,000 bagi kos guaman, RM57,600 untuk ganti rugi kehilangan tanggungan, RM30,000 bagi ganti rugi kesedihan, RM50,000 ganti rugi teruk, RM3,000 untuk kos pengebumian, RM5,000 bagi kos pengeluaran surat kuasa mentadbir harta pusaka dan RM2,000 perbelanjaan perjalanan.

Fadhelah selaku plantif memfailkan saman terhadap defendan termasuk menamakan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador; bekas Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasegran dan bekas Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor pada 2022.

Plantif mendakwa, kematian anak lelakinya yang bekerja sebagai penggali kubur dan nelayan berusia 29 tahun pada ketika itu adalah disebabkan berlaku kecuaian oleh pihak polis.

Anand dalam keputusan penghakiman berkata, berlaku kelalaian dalam kalangan anggota yang bertanggungjawab mengawal lokap berkenaan sehingga gagal menghalang si mati daripada mati akibat membunuh diri.



Beliau berkata, kawalan sedemikian adalah satu keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Lokap 1953.

“Rakaman daripada inkues menunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) si mati sebelum itu berjalan mundar mundir di dalam selnya sekitar tujuh hingga lapan minit manakala rakan dalam selnya sedang tidur.

“Dia kemudiannya menggantung diri pada jam 1.52 pagi. Paramedik mengesahkan dia meninggal dunia pada jam 2.55 pagi.

“Ketika kejadian didapati kelalaian antaranya CCTV tidak dipantau setiap masa dan perintah tetap tidak dipatuhi anggota bertugas. Sepatutnya perkara ini dipantau untuk mengelakkan kematian tahanan di lokap,” katanya.



Beliau berkata, buku log penugasan di balai itu turut memberi maklumat mengelirukan termasuk mempunyai catatan masa serta tulisan tangan berbeza dan tidak selaras dengan masa yang direkodkan oleh CCTV.

Pendakwaan kes dikendalikan Peguam Kanan Persekutuan, Nur Ezdiani Roleb dan Syafiq Affandy Hassan.

Sementara itu, peguam yang mewakili Fadhelah pula terdiri M Visvanathan, V Sanjay Nathan dan V Pushan.

Sementara itu, Fadhelah ketika ditemui di luar kamar Mahkamah Tinggi melahirkan rasa syukur kerana keputusan mahkamah berpihak kepadanya.



“Alhamdulillah mak cik bersyukur kerana keputusan mahkamah memihak kami. Dua tahun lamanya mak cik berulang-alik dari rumah di Kampung Perlis, Butterworth ke mahkamah.

“Pada awal dulu suami yang teman, tetapi dia jatuh sakit dan meninggal dunia pada 2021. Jadi mak cik datang dengan anak. Kadang-kadang kami naik motosikal, kadang-kadang naik Grab,” katanya.

Sebelum ini, Fadzrin dari Kampung Perlis, Butterworth, ditahan polis atas dakwaan memiliki dadah bersama rakan di lokasi yang tidak didedahkan pada 20 November 2019.

Polis mendapat perintah reman lima hari keesokan harinya dan Fadzrin ditempatkan di lokap berpusat di IPD SPU.



Dia disahkan meninggal dunia pada 22 November 2019 oleh polis dengan sijil kematiannya menyatakan punca kematian sebagai konsisten dengan menggantung diri. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

TMJ nafi jadi dalang, seru semua pihak bersatu melawan keganasan



Ini modus operandi Rasulullah ke? Aqasha bersuara pasal #Blockout2024

Maaf ya pelakon bermasalah

Scha Alyahya hilang 100,000 pengikut Instagram

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker